Pages

Wednesday, April 20, 2016

Anekdot-Anekdot Aprilia.

bismillah

(i)

sepintas melalui ruang jualan makanan ringan di IKEA, tiba-tiba Faaizz tanya saya, "nak makan aiskrim tak?" saya angguk, kemudiannya pantas menggeleng. tulisan 'KOPI - RM 2' menarik perhatian saya. ternyata, secawan kopi tampak lebih menggiurkan. 

usai membayar, kami menapak ke satu ruang yang tersedia meja bulat tanpa kerusi bagi sesiapa yang ingin makan atau minum.

kata Faaizz pada saya, "hmm, style UK ni..." jujur, mengingatkan hadis yang pernah saya dengar tentang tiada salahnya minum berdiri, ditokok dengan keadaan yang semacam 'mendesak' itu, maka saya dengan tenang, perlahan-lahan menghirup secawan kopi yang masih panas. 

sambil berbual-bual, tiba-tiba muncul kelibat seorang wanita dengan dua orang anak kecilnya di belakang saya. masing-masing memegang aiskrim kon di tangan. "duduk! duduk atas lantai tu, tak kotor pun.." arah si ibu berkali-kali. lalu keduanya pun duduk dengan tanpa mempeduli orang lain di sekeliling. khusyuk dan ralit betul menjilat aiskrim yang sudah mula mencair. entah, hati saya pula yang 'terbakar'. meski arahan itu sebetulnya bukan untuk saya, tapi itulah patah kata yang buat saya termalu sendiri.

mendengarkan itu, saya kemudian mengajak Faaizz minum di bangku yang tersedia di luar premis IKEA. cuaca sangat terik, bangku pun terasa hangat. tambah berpeluh-peluh saya dibuatnya, dengan air kopi yang masih panas. barangkali inilah sebabnya orang lain lebih selesa makan dan minum di dalam ruang dingin berpenghawa, meski dengan tanpa kerusi.

saya kagum pada kekentalan si ibu yang bertegas, melawan 'budaya' di situ dengan prinsipnya yang tersendiri. hati saya berkira-kira, kalaulah saya punya anak, apakah saya akan jadi ibu yang terikut-ikut dengan 'arus' atau sebaliknya? nah, ruang itu menemukan saya dengan satu refleksi yang panjang.

kita selalu ada pilihan, namun untuk menentukan satu-satu pilihan, dari mana lagi datangnya 'kecenderungan' hati melainkan dari kedekatan hubungan dengan Pencipta? 

"terimalah teguran yang pahit dan pedih daripada manusia kerana itu hakikatnya datang daripada Allah. Allah mendidik manusia melalui manusia lain. semua yang berlaku adalah takdir, dan takdir Allah pastinya baik." 
- Ustaz Pahrol Mohd Juoi

(ii)



bukankah perempuan harus selalu menang? teringat saya pada Ip Man, dia pun pernah bilang;

"if you want him to be good, find him a wife. like me, a family with a wife and kids will make one down to earth." 

bertegas saya memilih The Kid From The Big Apple, berbanding pilihan Faaizz untuk menonton Batman VS Superman: Dawn Of Justice. serius, fiksyen jenis superhero bukanlah forte saya. hari itu, saya menang! terima kasih MBO menghadiahkan dua tiket percuma. itupun ditebus di hari terakhir sah kupon, setelah hampir sebulan berlalu.

pawagam hari itu penuh. mungkinlah bersebabkan filem ini sepenuhnya menggunakan bahasa Mandarin, maka majoriti penontonnya adalah di kalangan orang Cina. pengarahnya Cina, pelakon-pelakonnya juga Cina. kebanyakannya datang sekelompok bersama famili masing-masing. berkeping-keping tiket dibeli untuk tontotan sefamili, fuh! kalau bukan untuk tujuan aktiviti keluarga, saya pasti ia sebagai tanda sokongan pada filem tempatan, lagi-lagi diarahkan anak jati sendiri, Jess Teong. tinggallah empat ketul Melayu di baris depan, saya dan Faaizz serta dua orang lagi yang tak dikenali. entah, saya sukakan variasi dan diversiti sebegini.

setelah The Journey, Ola Bola, dan Jagat, filem ini tidak terkecuali dalam mengenengahkan nilai budaya. pada saya, ceritanya klise, mendatar dan sederhana sahaja sebagaimana sitkom atau drama di TV, namun saya tertarik dengan 'interaksi antara dua generasi' yang menjadi tema besar bagi filem ini. perbezaan kedua watak utamanya cukup ketara, memandangkan watak pertama, seorang cucu; Sarah yang lahir di New York dan sudah terbiasa dengan kehidupan yang kebaratan. kemudiannya terpaksa menginap bersama watak kedua; atuknya yang konservatif, seorang pengamal dan penjual ubat tradisional Cina di Malaysia.

ada sahaja pertembungan demi pertembungan antara keduanya, namun saya suka bagaimana akhirnya keduanya saling meraikan dan menghormati. Sarah perlahan-lahan memilih untuk berbahasa Mandarin berbanding speaking London! Kong Kong (Atuk) yang bersedia untuk belajar menggunakan telefon pintar demi memenangi hati cucunya. Sarah bahkan sabar mengajarkan atuknya menggunakan emoji. alangkah kalau sebegini kita saling meraikan dan menghormati!

ada juga diselitkan budaya-budaya lain seperti sambutan Krismas bagi masyarakat Cina, kawasan kediaman yang teguh sentimen kejiranannya, pilihan permainan anak-anak selain gadget, tradisi martial art dan ubat-ubatan tradisional Cina, susun atur perabot rumah dan sebagainya. kesemuanya kaya dengan nilai budaya dan tradisi tempatan. ia seolah-olah kuat menonjolkan mesej, 'biar mati anak, jangan mati adat.' padanlah dengan anugerah yang diterima di Macau International Movie Festival.

alahai, indah!


(iii)


hah! syukur selesai mengedit satu lagi buku terbitan Deen Prints; Bahagia Bukan Gembira tulisan Anfaal Saari, setelah terbitnya Bila Emak Berdrama karya Salwa Saleh. memenuhi impian penulis-penulis baru untuk memiliki buku sulung, ternyata pada saya, ia adalah hal yang cukup menggembirakan!

membaca The Alchemist, Paulo Coelho, kuot yang ini mengulang-ulang dalam kepala otak saya. rasanya, berkali-kali juga penulis mengulang mesej ini;


The Alchemist, pg. 120

"you must always know what it is that you want.." the old king had said. (The Alchemist, pg. 58) mungkinlah keinginan saya untuk mengarang buku sendiri belum cukup kuat, hinggakan entire universe belum mahu berkonspirasi untuk mencetuskannya, ahaks!

bercerita tentang jenis pekerjaan, ia selalu membentuk sikap dan peribadi. kalau saya, menjadi editor mengajarkan saya untuk lebih berwaspada menggunakan bahasa. saya terlalu menghargai setiap inci huruf dan perkataan.  macam kata James Michener, "...I love the swirl and swing of words as they tangle with human emotions." setiap buku, meski bukan buku saya adalah kelahiran-kelahiran yang baru. macam Elif Shafak mengatakan, pada beliau, setiap buku yang baru terbit adalah persis bayi yang baru lahir. jujur, melibatkan diri dalam industri perbukuan sepenuhnya, dunianya berbeza berbanding cuma menjadi seorang pembaca atau penulis. kita belajar banyak perkara, dari awal proses manuskrip ditulis hinggalah proses penerbitan dan pemasaran. ia tidak semudah tulis dan terbit sahaja.

tereflek saya bila satu hari, saya putus asa memasang rak baju yang baru dibeli di IKEA. bayangkan setelah siap semuanya, harus dibuka semula hanya sebab satu kesalahan kecil, fuh! untuk orang yang terbiasa membaiki mesin, sedia berkali-kali mencuba dan memasang, kerja ini adalah kerja mudah dan biasa bagi  Faaizz. dia malah ajak saya mengopi dulu sebelum mencuba sekali lagi. "rileks, rileks, chill!" katanya.

mengelek Memoar Hasan Al-Banna juga sama. Al-Banna sedari awal terdidik untuk mengikuti ayahnya, seolang alim ulamak yang bekerja sebagai tukang membaiki jam di Desa Al-Mahmudiya. kerja-kerja pengendalian objek yang kecil seperti skru sebegini, tidak lain membentuk peribadi untuk sabar, peka, sensitif, dan teliti. maka, membesarlah jiwanya dengan peribadi yang sebegitu, hmm?

membawa dan mengendalikan halaqah adik-adik sekolah juga sama. berbeza dengan saya, rata-rata akhawat yang pekerjaannya guru lebih pandai berkomunikasi, sesuai dengan pendekatan remaja. namun ternyata tidak mudah untuk saya menggunakan laras bahasa mereka. serius, kefahaman dan kematangan mereka tidak sama seperti adik-adik di IPT.


"people always say you have to do what you love or love what you do. but I think in the meantime, you should just do what makes you grow."
- Redza Minhat
 
nah, keluar dari zon selesa tak selalu mudah. terima kasih untuk orang-orang yang selalu bersabar dengan saya; "I didn't need you to fix me, I needed you to love me while I fix myself."

 sekian, anekdot bulanan.
(sebab macam sekali sebulan je aku menulis sekarang. tiga hari tau menulis seciput ni saja, huh!)

5 comments:

Anis Naazira said...

Assalamualaikum kak Umy :)

Anis pun selalu menghadapi situasi yang pertama, especially kalau kat conference yg dibuat di hotel, selalunya waktu tea break (lunch jugak pun kdg2) dorang hanya sediakan meja bulat tinggi tu je. Memang akan ada terfikir macam akak, pastu terus la amek makanan and duduk kat ceruk2 bagi org tak nampak. Sebab pada Westerners, itu mungkin no manners kan.

Kita raikan semampu boleh. Pada masa yang sama, teguh dengan prinsip dan ajaran Islam, semisal memakai tudung bawal labuh sambil berjalan dengan 'izzah di Pavillion? Hikss :D

Anyway, Anis tak tahu mengenai hadis tu.

Umairah. said...

anis naazira;
lamanya tak dengaq ceghita anis. jzkkheir anis!

btw tentang hadis tu, akak tak letak atas tu sebab nanti debatable and jadi panjang pulak. hehe

btw akak dah cari balik untuk anis. Dr. MAZA pernah tuliskan isu yang sama, simple & precise. anis boleh tengok sini ye:

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10150221989582990

apapun, akak selalu teringat pesan murabbi. untuk hal yang harus, kita selalu ada pilihan untuk ambil yang rukhsah atau 'azimah. orang yang ada level taqwa, iman dan adab yang tinggi, dia pastinya akan lebih memilih yg 'azimah. tapi dalam memilih pun, ikut keadaan/situasi juga.

Islam sangat luas dan cantik. makin berilmu, makin kita tahu dan jelas prioriti kan? fuh.

ps: rindu anis! update blog please. hehe




N.I.S.O ^-^ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
najihahusna said...

Assalaualaikum kak Umairah :)

Nak tanya, Memoar Hassan Al Banna tu akak beli di mana ya?

Umairah. said...

waalaikummussalam.

dah lama akak beli di UIA dulu. akak beli dari sorang makcik yang memang jual buku dakwah & tarbiyah. btw, biasanya di Imanshoppe, Serdang atau di Fajar Ilmu Baru, Wisma Yakin (Masjid Jamek) ada buku2 genre ni.

:)