Pages

Wednesday, March 4, 2015

26 tahun dan saatnya kita mendewasa!

bismillah
 
waktu berborak dengan seorang kawan melalui whatsapp, saya terpaksa akur memang dia nan seorang ini jenis kawan yang saya jarang sekali contact, tapi kalau sesekali kami berhubung, selalu saja ada antena terhubung antara saya dan dia, persis Keenan dan Kugy dalam novel Perahu Kertas, tulisan Dee. chup, saya Kugy! mahu atau tak mahu, terpaksalah dia jadi Keenan. cumanya, Keenan versi perempuanlah, kah!
 
entahlah, adakala saya suka hubungan yang semacam ini. saya atau dia tidak merasa saling terpaksa. masing-masing seolah-olah ada kesefahaman tersendiri. kami bebas, walaupun tentu saja ada hal-hal yang berbeza. 'diam tidak bermakna tidak peduli', sekurang-kurangnya itulah yang saya cuba maknakan dari perhubungan kami ini, ahah! 
 
uniknya, kadangnya perbualan kami akan terhenti tiba-tiba tanpa 'salam' atau 'kbai', atau 'wallahhua'lam' dan tergantung begitu saja. sama ada dia tidak merespon, atau saya yang tidak membalas. namun serasa saya, masing-masing slumber, cool, rileks dan tenang saja serta tidak begitu kisah, hinggalah tercetus pula topik yang baru di lain waktu.
 
agak lama sudah dia tidak menulis blog, dan ini entri cinta khas untuk dia agar kembali menulis. dulu, dua kali dia menuliskan 'Surat Untuk Bunga', tanpa saya merespon 'Surat Untuk Daun', haha. nah, kali ini terpaksalah saya keluarkan kata-kata Mik Everett;
 
"if a writer falls in love with you, you can never die!"
 
hah, terima kasih Mik Everett kerana menyedarkan saya bahawa mungkinlah 'saya' saja sedang 'mati' dalam 'blog' hidupnya; - tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti. sedangkan 'dia' kini sedang 'hidup' dalam entri saya; atau barangkali saya harus dahulukan 'faham' dan 'pemaknaan' saya; bahawa kini adalah saat tesisnya untuk menjadi antara cinta-cintanya yang terkedepan? hmm, baiklah.
 
cukuplah, sedikit pengenalan tentang 'Keenan' saya, lulz.
 
maka apa yang kami borakkan hari itu, cuma sembang-sembang biasa. entah, dengan kawan-kawan-yang-kita-suka ini, selalu saja ada deep conversation bercampur joke yang tak tersengaja. saya sungguh-sungguh suka ini! tanpa berkata tentang sesiapa, kami berborak tentang famili, perasaan, gadis, dan hal-hal yang berlaku seputar hidup.
 
ah, malas sekali saya untuk menyalin kesemuanya. cukup sajalah, terakam dan terabadi di sini. untung saja, dalam sibuknya menulis tesis, ada satu dua komen masuk dalam kantung entri ini, heh. itupun, kalau saya beruntunglah.
 
 


dia antara orang yang selalu membangkitkan apa yang ada dalam diri saya, tapi tak terkeluar dengan kata-kata. dia macam, "mengenalmu, aku membacaku". ahah, begitulah! kau dah kenapa manis berdiabetis sangat entri malam ini?
 
dia membuatkan saya teringatkan satu entri yang pernah saya tulis, tentang -getting married. tentang mereka yang kenal saya luar dan dalam. tentang famili, dan saya secara peribadi.
 
sungguhlah, di sana, kita tak membuka cerita perihal kampus, hobi kegemaran; buku, kopi, aktiviti indie, dan sebagainya lagi, tapi kehidupan keseluruhannya.
 
famili paling banyak mengenalkan saya dengan diri saya sendiri. tertayang jujur, cermin yang sesungguhnya; baik buruk, tinggi rendah, ego sombong, kalut tenang, pandai jahil saya. jujur, setiap kali menjejak ke rumah, ada saja perihal atau perkara yang membuat saya tertampar, terduduk, terjatuh dan kesemuanya, hingga merekalah jua yang 'mengangkat' saya semula.
 
ya Allah, peliharalah mereka.
ameen.
 
terima kasih, 'Keenan'! moga tesismu dipermudah.
 

5 comments:

Anonymous said...

Salam kak. Boleh saya tahu perahu kertas tu akak tengok kat mana? Sbb cari tak jumpa.

Umairah. said...

waalaikummussalam wrt. oh, kalau novel berbanding filem, akak lebih rekemen adik baca novelnya.

novel yang akak baca tu terjemahan PTS. di kedai buku, akak tengok masih banyak jugak. kaver warna oren.

moga dipermudahkan :)

Anis Naazira said...

assalamualaikum kak umy.

anis setuju la dgn akak. bila dah kerja, rasa macam rindunyaaaa kat rumah.

tapi at this age and moment, kena banyak 'berjauhan' dengan rumah pulak. usrah, program, kerja, outstation etc

dulu waktu senggang lepas grad tak nak nikmati betul2. skang bila amek off sehari rasa macam wahhh bestnya dapat duduk2 dengan ibu lagi lamaaa :'(

Anonymous said...

hahahahahah. ya rabbi, yumay! ini kan entri semacam ugutan manja suruh kita update blog.

tak taw laa nak terharu ke nak gelak ke apa bila baca entri ni, yg penting hilang kejap lah lah lah lahaii stress ngadap data tesis. hahah :P

yang benar,
orang yang sengaja komen as anon sekaligus malas update blog.

Anonymous said...

Salam'alaik..

"Mengenalmu, aku membacaku". Hiks. Inspired akak!

Ehemm. Saya rasa saya kenai sapa 'Keenan'. Heh