Pages

Monday, December 29, 2014

membaca Kevan Lautenschlager.

bismillah

membaca tentang Kevan, bagai membaca diri saya sendiri. jujur, sepanjang entah filem apa yang tertayang di dalam bas sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Puduraya, saya cuma menyelak helaian demi helaian dari Chicken Soup For The Coffee Lover's Soul.

bercerita tentang Kevan atau gelarannya 'Cheese', dia merupakan seorang anak muda yang berkawan rapat dengan anak Puan Dawn. oleh sebab wataknya yang 'pelik', pendiam, maka Puan Dawn sangat curiga hingga harus bersoal jawab dengan anaknya tentang Kevan. hinggalah suatu hari, saat Kevan bermalam di rumahnya, prejudisnya langsung hilang. lebih-lebih lagi, saat Kevan menegurnya di suatu pagi, ketika Puan Dawn sedang membancuh kopi. 


chicken soup for the coffee lover's soul, pg. 72-73

selebihnya, perbualan mereka makin rancak dan ia sungguh mengagumkan! penyudahnya, "when the conversation shifted to the day's activities, Kevan grew quiet again and allowed others to make plans." ah, mungkinlah Kevan hanya memilih saatnya untuk dia bersuara, ketika tertentu, masa tertentu, saat tertentu, topik tertentu yang dia merasakan lebih bebas untuk berkata-kata. 

ceritanya biasa-biasa sahaja (tiada klimaks, tiada kematian, tiada perpisahan) tetapi oh, kenapa mata saya berair tiba-tiba? serasa macam Kevan 'menjawab' diam gugup dan senyap sepi saya selama ini. dia tidak membuat saya sebersalah setelah 'membaca' diri saya sendiri. terasa saya seperti ada kawan yang cukup memahami. ah, sememangnya buku yang baik tidak semestinya memerlukan jargon yang luar biasa, bukan? sekurang-kurangnya cukuplah tidak membuat kita merasa sepi dan aneh (blergh, sadis sungguh!).



berkisah tentang ini juga, pernah satu kali, saat lantang menutur al-Fatihah dalam saf bersama-sama Umi, suara saya tiba-tiba pecah dengan tangis. berulang kali saya cuba mengatur nafas, tetapi hampa sebab mata makin banjir dengan air mata. akhirnya, Umi beralah dan solat jemaah kami pun terputus saat Umi bertanya, "kakak…kenapa?" saya cuma termampu diam dan geleng, kemudian dengan masih tersekat-sekat, "Umi maghrib dululah."

ada kala saya merasakan baiknya rasa-rasa seperti ini, apabila kita cuma membuka mulut ketika 'mendekat' dengan Tuhan. saya cukup-cukup rindu saat hati saya (kononnya) menanggung beban yang teramat berat, hingga pecahnya di celah sujud yang langsung tiba-tiba, sedangkan saat itu hakikatnya saya sedang uzur. saat itu, telah cukup membayangkan betapa tidak tertahannya saya untuk sungguh-sungguh bercerita, cuma pada Dia yang saya sangat percaya, paling tahu dan paling arif tentang saya seluruhnya. oh, manisnya!

teruntuk sifat saya yang satu ini, adik selalu memberi pesan, bukan sekali tetapi berulang-ulang kali, "akak cakaplah apa yang akak rasa." jujurnya, bagi orang lain, mungkin itu sangat mudah, semudah 'ya...bercakap!', tetapi tidak untuk orang-orang semacam saya. kata-kata akan tersampai dalam maksud yang lain, dan akhirnya diam adalah medium termudah. bukan tidak pernah saya cuba, tetapi seringkali saya gagal. hinggakan disalahfahami dengan sesuatu yang lain. adakalanya, mungkin sampai melukakan, sedangkan saya tidak pernah sesekali bermaksud sedemikian. namun ada masa-masanya, saya bebas. ada orang-orangnya, saya bebas. ada ketika-ketikanya, saya bebas. ada topik-topiknya, saya bebas. oh Tuhan, kompleks bukan?

"there are some things about myself i can't explain to anyone. there are some things i don't understand at all. i can't tell what i think about things or what i'm after. i don't know what my strengths are or what i'm supposed to do about them. but if i start thinking about these things in too much detail the whole thing gets scary. and if i get scared i can only think about myself. i become really self-centered, and without meaning to, i hurt people. so i’m not such a wonderful human being." 
- murakami, the elephant vanishes

ahhhh Murakami tetaplah Murakami, untuk yang entah ke berapa kali, ini pun cukup memenangi hati!

"they don't know how to express exactly what they feel, so they say and do the exact opposite. they hurt people that way, for no reason at all, and they hurt themselves all."

percayalah, barangkali rumah (saya) nanti akan penuh dengan Surat-Surat Perempuan Johor Gombak. hmm k, klasik sangat. Emel-Emel Perempuan Gombak la kot, eh?

terima kasih untuk 'Puan-Puan Dawn' dalam hidup saya!

"over the course of one cup, hearts open. and sometimes hearts are healed. that's one mighty powerful cup." - csftcls, pg. 201

teruntuk apapun, segenap hal-hal yang tidak terkisah, perubahan diri mahupun jagat raya, duhai mampir cerahlah mentari, pelangi terpaling indah pasti 'kan tiba!

5 comments:

Anonymous said...

"Hey girl, chin up, don't smile, don't cry, don't fall..." write.

-

;)

Umairah. said...

anon:
:')

Anis Naazira said...

Akak!

Patut rasa 'semacam' je lately ni, selain disibukkan (konon) dgn final exam, rupanya sebab xbaca entry akak. Dah tertinggal tren hehe. Didoakan semoga akak terus kuat untuk tahun dua kosong satu lima ini, ameen biiznillah :) nak tanya, akak beli kat mana chicken soup utk penggemar kopi ni saya nak beli satu kopi!

And kenapa bila tekan link yg last keluar profile FB? Hmm. Ada lg satu soalan, nk recommendation akak pasal seorang penulis ni tapi nnt dulu la. Hiks ;)

Anonymous said...

Umairah.

anis:
ahakz, terharunya! jzkkheir anis. untuk anis jugak, insyaAllah.

ohhhh sebenarnya buku ni bestfriend akak hadiahkan, alhamdulillah :)

tentang link tu, akak share link fb dr. afiq rahim. beliau banyak tulis catatan sepanjang berkhidmat di pantai timur :)

mana? mana? manaaaa? sukew tau buat saspen camnih :P

lagi berapa paper ni? sayusahhil Rabbuna. moga lancar semuanya, sayang! fi amanillah.

Anis Naazira said...

Ohh. Ye ke. Mcm best je insyaAllah nak tgk2 la nanti kat bukstore :D

Anis nk tanya pasal Murakami. Sebab xramai baca buku dia katanya #deep sangat and bahasa tinggi. Betul ke? Sebab cara akak olah and infused dlm entry mcm best and buat kita rasa nak try baca karya dia (eceh, pandai akak promote yaa) ;)

ALhamdulillah, anis baruuuu sampai rumah dari Kuantan ni. Dah back for good insyaAllah kak :)