Pages

Wednesday, December 17, 2014

"denganmu, izinkan aku cuma menjadi aku; denganku, silakan engkau menjadi engkau."

bismillah

"can i be with you, and yet still see myself?"

tidak rugi menjadi diri sendiri, sayang. kau boleh membuka mata dan menginspirasi seseorang, bahkan seluruh dunia sekalipun! menulis, misalnya. andai kau peluk tubuhmu, sembunyi batang penamu, hapus seluruh emosi dan ragamu, semata dia yang di depanmu (kau kira) tidak minat membaca atau menulis bahkan berkata-kata tentang jiwa dan seumpamanya, bagaimana mungkin engkau boleh menanggapinya akan terus tidak membaca dan tidak menulis? bagaimana kalau aku katakan, dia akan suka menulis dan dia akan suka membaca dengan kehadiranmu? itulah tujuannya kau di situ, sayang!

serlahkan dirimu, tonjolkan dirimu. usah terikut-ikut dengan rentak orang lain (ya, tentulah ada masa-masanya, kadar perlu atau harusnya), semata-mata kau cuma mahu mengambil hatinya, dengan mengikut segala ingin dan mahunya atau kesukaan dan ketidaksukaannya. setiap orang, bahkan dirimu sendiri punya sesuatu untuk diberi. bahkan untuk orang yang cuma mahu menang dengan akalnya sekalipun, usah kau tundukkan dengan akalmu jua! kau akan selamanya tewas, kerana pintar akal adalah kelebihannya. (oh, tidak sayang. aku tidak mengajarmu untuk bertanding dengan sesiapa, kerana padaku, orang yang cukup percaya dan yakin akan dirinya, tidak akan pernah untuk cuba berlawan dengan sesiapa. dia tidak akan pernah cuba untuk mempamer lebih atau tingginya pada sesiapa. cukuplah engkau tahu, bahawa engkau hadir di sekeliling sekalian orang, cuma untuk belajar, mengajar dan diajar. dengan cinta dan kasih sayang, tentunya!)

untuk dia yang lebih tajam akalnya, mengapa tidak kau lenturkan dengan sesuatu yang ada dalam dirimu sendiri? andai kau tidak bisa berkata-kata mengeluar hujah, mengapa tidak kau guna seluruh emosimu, yang barangkali dia tidak punya? dengan itu, mungkin sahaja dia akan lebih mengenal erti sopan dan lembut. dengan itu, boleh jadi dia menemukan halus dan santun jiwanya yang kian hilang, tertimbun di balik hujah-hujah dan teori-teori yang berhambur di mulutnya. itulah tujuannya kau di situ, sayang!

oh, siapa lagi? mungkin juga, untuk yang terlalu kencang ramahnya, kau terdidik untuk lebih bersuara dan mengeluar kata, sedang dia pula, darimu dia belajar untuk lebih berdiam, atau barangkali yang terjadi adalah sebaliknya. termasuklah jua untuk yang kasar, lembut, terus-terang, sembunyi, bising, diam, dan semuanya!

begitulah kita saling berbagi, sayang. tidak perlu menjadi siapa-siapa, kerana ke mana pun kita melangkah, kita cuma mampu menjadi diri kita sendiri. ya, bersamaku, kekallah dirimu yang sedia ada, tonjolkanlah watak sebenarmu, tunjukkanlah warnamu, dan yakinlah bahawa sentiasa ada sesuatu yang engkau punya dan aku tidak punya. dengan itu, kita mampu untuk saling mengajar dan diajar, mendidik dan dididik. 

denganmu, izinkan aku cuma menjadi aku;
denganku, silakan engkau menjadi engkau.

bukankah begini akan jadi lebih sederhana?

"i have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet, strange, i am ungrateful to those teachers."

khalil gibran

cukuplah, sayang. hari ini, ayuhlah kita mula belajar menghargai guru-guru kita, yang baik bahkan yang buruknya!

4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kak umairah. Sangat memberi inspirasi :)

Umairah. said...

anon;
terima kasih juga menjadi sebahagian dari inspirasi akak menulis. alhamdulillah :)

anis said...

Akak! :')

First para dah buat saya tersenyum di pagi hari dengan hujan lebat ni :)

Doakan #budakuianakfinalexam #anisnakgradnifinalexamanis #doakankuantanbanjir
#salingmendoakan yuk! ;)

Anonymous said...

Umairah.

anis:
moga Allah mudahkan untuk anis sayang ;)

untuk pantai timur, untuk kita semuanya, ameen.

terima kasih sebab selalu membaca akak walaupun di sela-sela kesibukan anis. ni yang cinta lebih ni, ihiks XD