Pages

Monday, June 30, 2014

Oh, manisnya!

bismillah

maka, Ramadhan pertama saya hari ini, di rumah bersama Umi Walid dan adik-adik tercinta. esok dengan status - 'mengambil cuti', baru bertolak semula ke Gombak. hari ini boleh dikatakan hampir seharian hujan; dari pagi ke malam. terimbas cukup-cukup pengalaman tiga tahun lepas, sewaktu menyambut Ramadhan sebulan penuh di rumah. cuacanya juga begini, dan saya pernah menuliskan serba sedikit coretan tentangnya;

"kebelakangan ini,
hujan malam-malam.

mungkin buat menangis lirih,
sambil mengadu sendiri,
dalam hujan renyai-renyai
di rakaat-rakaat
pada suatu malam.

hah, terawih yang sejuk."

- ogos 15, 2011. 

percayalah, antara orang yang paling membahagiakan kita ialah adik-beradik sendiri. kejian dan kutukan mereka sesekali tidak membuatkan kita merasa kecil. aha! bahkan, sesi mengata sesama sendiri adakalanya menjadi bahan gelak tawa yang luar biasa. malah, kita boleh dengan jujurnya bebas bercerita, mengadu, mengaduh, berleter tentang apa saja!

"siblings are the people we practice on, the people who teach us about fairness and cooperation and kindness and caring quite often the hard way."
- quoted

oh, manisnya!

mereka juga akan sudi berpura-pura (atau mungkinlah benar-benar serius) membaca tulisan-tulisan buruk dan cacat yang kita tulis. termasuklah mengelek tiga Majalah JOM! (isu Ramadhan) di waktu-waktu senggang. sesekali mengeluarkan fakta di waktu-waktu melepak di ruang tamu, memasak atau berbuka bersama. misalnya;

"cantik cover majalah jom yang baru ni. sapa yang buat?"
"adik baca dalam majalah jom tu, mandi selepas asar ok saja kan?"

oh, dengan adik-beradik juga kita boleh bajet 'macho' dan acah-acah 'bergaya' yang tidak akan sesekali kita lakukan pada orang lain. begini caranya;

"takdak cerpen ka dalam majalah jom ni?"
"cuba ammar bukak page last-last tu. alang-alang tu, cubalah tengok sekali penulisnya."

sebelum kemudiannya saling membalas jeling dan sengih, atau tawa berdekah-dekah. oh, manisnya!

bahkan, ada yang akan sambil-sambil membeleknya sehelai dua halaman, sementara menunggu waktu Isyak untuk ke surau bersama-sama.

"seronoknya akak tengok adik-adik akak baca Majalah JOM! miahaha."  

sememangnya itulah tujuannya pun Majalah JOM! itu 'dicampakkan' ke 'serata alam' di dalam rumah. biarkan ia bersepah, sebab nanti adalah seorang dua yang akan membelek satu dua halaman sebelum berbaring lalu tertidur. kalaupun tidak kesemua artikel dibaca, sekurang-kurangnya terlintas juga satu dua isu di bahagian fiqh siyam (fiqh puasa), ataupun mungkin terinspirasi juga dengan satu dua tips amalan harian, ataupun mungkin terbaca juga satu dua artikel yang menarik perhatian. biarlah sedikit, sekurang-kurangnya ada! asalkan terbenihnya semangat meraikan Ramadhan, selain terwujudnya perasaan gembira dengan kedatangannya. biarlah kita 'merayakan' kemeriahannya bersama-sama!

oh Allah, moga Ramadhan ini Ramadhan terbaik buat kita; termaknakan dengan kehadiran hati, jiwa, akal dan jasad keseluruhannya.



ameen, ameen, ameen.

2 comments:

Anis Naazira said...

Assalamualaikum kak Umairah yang disayangi kerana Allah. Selamat menghidupkan Ramadhan :)

Semoga Allah sentiasa titipkan idea dan ilham untuk akak buat bacaan dan 'teguran' yang membina untuk Ummah, ameen :)

Haisyy, anis teringin la nak jumpa akak, in reality :D tak ber-iftar di UIAM ke Ramadhan kali ni? :)

Umairah. said...

wa'alaikummussalam wrt anis yang dicintai kerana Allah,

jazakillahhu khayran katheera. selamat juga! ameen ameen ameen, insyaAllah. setakat Ramadhan ni, boleh dikatakan hampir setiap hari jugak akak ifthar di uia, eheh.

anis bila nak datang uia lagi? insyaAllah, bolehlah akak jumpa orang hebat IS ni (mashaAllah), weeee XD boleh PM pone num anis? nanti akak MC, insyaAllah.

fi hifzillah.