Pages

Sunday, May 4, 2014

kalau tidak, nanti jantungku meletup tup tup tup;

bismillah

saya janji entri ini hanya beberapa perkataan. saya janji. 

antara sebab saya suka membaca novel (ehems, -Imaen) ialah, ia membuka 'jalan' kepada saya untuk meneroka 'dunia-dunia' baru yang lain. saya rasa mulut saya banyak kali "hmm hmm", fikiran saya macam ada peta ke seluruh dunia. saya meneroka tentang ini dan itu, dengan bahasa yang mudah dan sederhana. 

akur dan jujur, saya antara perempuan yang agak kurang gemar membaca politik dan ekonomi. namun dengan bahasa mudahnya, dia (penulis) mampu membuat saya berlagak tahu. serasa mahu benar-benar mencari tahu, maka saya akan google, dan kemudian dengan magisnya, saya benar-benar menjadi tahu. (pengetahuan am, gitu!)



(cukuplah sikit-sikit, nanti orang yang tak baca lagi marah :p )

akhir-akhirnya, siapa duga saya boleh jatuh cinta pula? terus-terusan menjadi Perempuan Nan Bercinta? tidak salah bukan, bercinta dengan bacaan berbaur ringan dahulu?

walaupun ada sesetengah hal saya tidak sependapat dengan Imaen, saya suka dengan cara dan gaya dia bercerita dan meluahkan 'inner voice' sendiri.


serasa saya dia ini juga kaki seni. golongan 'peleser' di Annex Gallery, Jalan Tar, Pasar Seni, Central Market, melayan busker, suka lukisan, puisi, falsafah, pencinta buku, paling penting kaki masjid juga. malahan (mungkin) jenis orang yang sepertinya tidak mudah bersikap jugdmental, terbuka tetapi berprinsip. 

oh lagi satu, dia menulis!

(chup!) saya rasa saya tidak bercerita tentang Imaen. saya rasa lebih tentang Fedex (watak hero di dalam Bohemian). bukan, saya rasa macam tentang Mat (watak hero di dalam Rockestra Cinta Mat & Minah) juga. 

sekian, reviu pendek saya untuk novel RCMM ini (belum habis dibaca, tetapi yang pertama dibaca, juga sayang untuk dihabiskan baca) setelah memborong di PBAKL.

"antara kesan sampingan jatuh cinta ialah orang jatuh cinta kena bercerita pada seseorang. yalah, ketika rasa membuak-buak minta keluar, kalau dipendam harus mahu meletup jantung."
- rockestra cinta mat dan minah, hlmn. 80

maaf, kerana cinta juga saya telah mungkir janji dengan memuntahkan banyak juga patah kata tentang novel ini. kalau tidak, nanti jantung saya meletup.

kbai.
  
ps: betullah, kata adik baru-baru ini, "akak ni kadang-kadang memang unexpected." :o

3 comments:

Anonymous said...

Umayyyyyyyy T_T As i told you last nite to comment on your latest entry about the new Imaen's novel, here it goes. I hope you are in a good condition now.
If you read this, know that you will never walk alone. I would stand by your side no matter what happen. Catch you later via fb maybe?
-- lots of love, from stranger to soul sister

Anonymous said...

borong apa lagi kakak?

tak pernah baca lagi karya Imaen. tapi ada beberapa org yg kata best. termasuk akak kan? heh

Nadia Rusli said...

umyyyy :( takziah atas kejadian yg menimpa umy. semoga tabah dan terus diberi kekuatan dan perlindungan oleh Allah.