Pages

Friday, March 7, 2014

refleksi Jumaat.

bismillah
dua hari saya tanpa mushaf sendiri, sebab tertinggal di masjid uiam. dua hari ini cuma menatap skrin samsung. teringat saya, suatu hari, seorang kawan pernah meluahkan kecurigaan hatinya. katanya;

"bahaya juga digital, kan? mungkin sampai suatu masa nanti, kita tak bergantung pada mushaf lagi."

saya cuma mengangguk, bersetuju. namun hari ini, akur saya, serasanya mustahil. 

entah bersebabkan apa, mushaf terasa ada 'connection' yang cukup dalam. secara peribadi, jiwa terasa lebih 'basah' dan 'hanyut' apabila memegang dan membaca mushaf berbanding cuma menatap skrin. lebih-lebih lagi mushaf sendiri.

kalau tak tersentuh, tak terpegang, tak tercium, macam ada sesuatu yang lain. terasa sangat jauh! 'kering' dan 'tidak hidup' seperti gajet itu sendiri.

fuh!

dan semalam, saya mengambilnya semula, tidak tertahan-tahan perasaannya. rindu yang amat! bercerita tentang perasaan ini, kak una (ofismate) pernah mencadangkan saya agar cuba membuat suatu skrip drama, sebab katanya saya seorang yang cukup dramatik. INFP pun, kan?

"they are also good at recognizing other people's emotional states and feelings, and this trait allows INFPs to be very sensitive and insightful." - source

hari ini, ternyata terbukti kebenarannya, hehs.

--

membayangkan saya hari ini lebih selesa dengan mushaf berbanding gajet, agaknya para sahabat suatu ketika dulu, pastinya lebih 'basah', 'hanyut' dan 'tenggelam' dengan al-Quran yang di dalam dada sendiri, berbanding mushaf yang dipegang!

Allahhu.

itulah mungkin, bezanya apabila 'membaca' al-Quran dan 'menghafal' al-Quran . hmm.

Allah, mudahkanlah!

--
"kalau Al-Quran tak jadi kawan baik kita di dunia, macam mana dia nak jadi kawan kita di akhirat?" 
- nouman ali khan; quran, your companion on the day of judgment

4 comments:

Anonymous said...

owh patut la masa hari jumaat tu saya macam nampak quran akak warna coklat tapi tak nampak orang nya...hm..

Umairah. said...

oh seriusli? hehe.
waa, ukhwah mantap. siap kenal quran, subhanallah.

aishah ke ni? :p
mantap tak ukhwah akak, sampai kenal enonimes? hii.

(malas sign in :p)

Anis Naazira said...

Betul-lah kak. I felt the same before.

Kebetulan, hp anis tidaklah bijak sangat. Tak boleh nak download quran. Mmg kena bwk mushaf ke mana2 :)

Anonymous said...

haha..mana tau sy aishah ni..adoiyai
osem betul..^^,