Pages

Thursday, March 6, 2014

draf-draf terkumpul (i)

bismillah

antara jawapan yang paling saya suka dalam ucapan Prof Mahmoud ialah, sebagai Muslim kita mesti confident; berkeyakinan diri untuk terus 'mempromosikan Islam', lebih-lebih lagi melalui penulisan.

--

topik yang dibincangkan hari itu ialah berkenaan "LITERATURE: A POWERFUL TOOL FOR DA’WAH". perbincangan awal banyak memfokuskan pada sejarah sastera di Timur dan Barat. ada juga terselit tokoh-tokoh seperti Napoleon Bonaparte, Umruul Qays dan sebagainya.

jujurnya, saya lebih suka pada isi perbincangan di akhir forum, yang lebih menjurus kepada solusi (walaupun tidak berkesempatan mendengarnya ke akhir forum, fuhs)

antara yang disebutkan Dr. Badri Najib ialah:

1. MENGHASILKAN PRODUK
Dr. Badri mengkhususkan kerja ini kepada penulis, terutamanya. tuliskan yang baik-baik, moga orang lain terinspirasi untuk berbuat kebaikan.

kata Dr. Badri, menyebutkan tentang dakwah, kesuksesannya bukan terukur pada kuantiti yang membaca. tidak kisahlah jika hanya seorang pun yang membaca, dan dia benar-benar terinspirasi, langsung cenderung untuk berhijrah, hakikatnya itu sudahpun suatu kesuksesan besar bagi seorang penulis.

subhanallah.

2. MEMPROMOSIKAN BAHAN BACAAN YANG BAIK

sebabnya, sekalipun produk (tulisan dan buku) banyak terhasil, namun jika tiada yang membacanya, maka apalah kepentingannya di situ?

antara caranya mungkin, berkongsi buku-buku yang dibaca dengan orang lain. Dr. Badri mencadangkan agar mengoptimumkan penggunaan media sosial (facebook) sebagai medium perkongsian. katanya, di akhirat nanti mungkin menjadi saham yang tidak disangka-sangka.

"ya Allah, banyaknya pahala aku. subhanallah, dari facebook rupanya!"
. begitulah ulahnya.

dan tambahan solusi yang seterusnya, barulah disambut Prof Mahmoud tentang keyakinan diri. ringkas, tetapi inilah ‘take home message’ yang serasa saya, paling terkesan di hati.

fuhs!


sebab kadang-kadang saya macam Wahsyi dalam cerita Omar Series yang melihat ‘warna’nya menggunakan ‘mata’ orang lain.

sampai sekarang, saya masih terngiang-ngiang kata-kata Bilal kepada Wahsyi:
"aren’t you looking at your color with their eyes?"
"a man looks for himself first!"

tentang ‘value’ atau ‘izzah’ diri sendiri.

sebab, saya merasakan tulisan-tulisan saya (di dalam blog) terutamanya, cuma berkisar tentang emosi, hati, dan perasaan diri sendiri. 

tetapi, suatu ketika, sewaktu meminta nasihat dan pandangan tentang ini melalui google hangout, kata farahin (designer-to-be yang berpraktikal di sini);
"mungkin bagi akak luahan emosi semata2, but still saya lihat nampak penyelesaiannya. mcm ibarat ada yg berkongsi rasa luahan sama mcm akak, cuma they don't know how to express. jgn fikirkan ianya luahan emosi. rata2 semua penulis, idea nya dari emosi yg semula jadi. fresh"

 oh, sangat menenangkan hati!

--

berbalik kepada isi perbincangan, Dr. Badri ada juga menyentuh tentang peranan sebagai pelajar sastera. terutamanya sastera inggeris.

katanya, belajar bukan untuk menerima bulat-bulat segala yang dipelajari, dan diikut serta diamalkan dalam kehidupan sepenuhnya.

tetapi, belajar supaya dapat lebih mengenali, memahami dan menghargai keindahan Islam. sebagaimana suatu ketika Saidina ‘Umar R.A pernah menyebutkan:

لا تنقضن عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية

"akan terungkailah ikatan Islam satu persatu daripada seseorang yang lahir membesar dalam Islam tetapi tidak kenal jahiliyah."
--

moga saya dapat menuliskan sesuatu yang lebih baik untuk dibaca.

"either write something worth reading or do something worth writing." ― Benjamin Franklin

ameen!

______
proses-proses mengemaskini draf-draf terbantut, huu.

6 comments:

Nadia Rusli said...

umy! jzzk for sharing! much appreciated! <3

Nadia Rusli said...

... n this is worth reading! :)

Kisah Hujan said...

Jazakillah. ~~

fyumie said...

Kak, jangan rasa semua tu dari emosi klu dah memang dari hati (lillahita'ala--kan?) ^^


moga dari hati, sampai ke hati-hati (Dah memang punnn hihi, AMiin! :)

Umairah. said...

fatin.
alhamdulillah :)

kisah hujan.
waiyyaki :)

fyumie.
insyaAllah, ameen.
terima kasihh, dik :)

Umairah. said...

fatin.
alhamdulillah :)

kisah hujan.
waiyyaki :)

fyumie.
insyaAllah, ameen.
terima kasihh, dik :)