Pages

Friday, March 14, 2014

dari Paksa ke Cinta.

bismillah

minggu yang entah ke berapa dilancarkan #odojmalaysia, baru terniat untuk mendaftar. sebabnya, saya bimbang tak termampu untuk menghabiskan bacaan satu juzuk dalam masa sehari. sebabnya, saya kurang gemar diganggu notifikasi whatsapp berulang-ulang kali. sebabnya, saya merasakan lebih baik saya push diri sendiri saja untuk melakukannya sendiri. 

tetapi, entah bersebabkan apa, untuk mengisi kesibukan (mungkin), untuk mempunyai gol yang lebih jelas dalam sehari (mungkin), untuk lebih terasa dimotivasi (mungkin), untuk menyahkan segala 'distraksi' dan 'keterikatan' lain (mungkin), akhirnya saya mendaftar saja. 

hampir sebulan juga antara menunggu dan tidak menunggu, akhirnya nama tersenarai di dalam kumpulan #odoj ke-51 beberapa hari lepas. 

jujurnya, untuk dua hari ini, 'al-Quran' jadi sasaran yang sebetul-betulnya. urusan ikhlas, cukuplah Dia saja yang menilainya. paling penting, akal dan hati terisi dengan sesuatu yang selayaknya diisi. biarlah ia masih menjadi cinta di belakang, sekurang-kurangnya ia sedang berusaha untuk terkedepan.

kalau boleh dengan harapan besar, al-Quran bukan menjadi urusan yang diselit-selitkan dalam urusan-urusan lain. kalau boleh dengan harapan besar, al-Quran menjadi sebahagian daripada urusan-urusan besar dalam sehari. kalau boleh dengan harapan besar, al-Quran mengisi ruang yang paling besar di dalam hati. kalau boleh dengan harapan besar, al-Quran menjadi bualan-bualan fikir saban detik, saban waktu, saban kali.

masa yang spesifik. tetap, fix tanpa phone, tanpa laptop, tanpa blog, tanpa facebook, tanpa whatsapp, tanpa twitter, tanpa instagram, tanpa bualan-bualan minda dan hati, tanpa sesiapa. 

tanpa gangguan.

cuma kita saja, -berdua.
Allah, dan -aku.

"God wants our precious time, not our spare time" -anon

tolong Allah, walau cuma untuk satu kali
dinikmatkan, menjadi kali-kali yang seterusnya.

ameen.

"ALLAH, I LOVE YOU".

2 comments:

Anis Naazira said...

Bittaufiq akak!

:)

Umairah. said...

untuk anis juga.
ameen.

:)