Pages

Sunday, January 5, 2014

BERJUTA RASANYA!

bismillah

rasa i

"hitam pekat. coklat emas, bahkan putih kuning pun ada! bukan itu saja, haruman yang semerbak pasti menggoda liur, dan menangkap berjuta momen indah!

espreso. cappucino. latte. hanya dengan secawan kopi.

kopi selalu menghidangkan suatu rasa, bahkan mampu menyenangkan jiwa. sedangkan kopi saja sudah begitu menikmatkan, apatah lagi bila adanya sebuah tempat atau sekurang-kurangnya warung kecil untuk orang bersantai-santai; berfikir, menulis, membaca, mengira, atau apa saja sambil menghirup secawan kopi. 

aku mahu menamakannya A-B-C; Al-Banna Cafe! dan akulah, baristanya!"

ironinya, teruntuk Hasan Al-Banna, kopi bukanlah kegemarannya, huhs!

sebenarnya, ini adalah hasil contengan-lima-minit, dalam slot Larian Mata Pena (LMT), Sabtu lepas. ceritanya, Prof Umi Kalthum (seorang penulis) meminta semua peserta Bengkel Penulisan Islami menuliskan 'cerita pendek' berdasarkan tiga tajuk yang diberi. terpulang, mengikut selera atau kehendak masing-masing. saya memilih tajuk; 'impian 10 tahun akan datang'. dua tajuk yang lain; hari paling bahagia dalam hidup dan tempat paling asing yang pernah dikunjungi. 

untuk bengkel yang lebih kurang 8 jam lamanya, satu hal yang paling saya terkesan ialah; lamanya saya tidak menulis karya kreatif! serius, otak terasa sangat berkarat. saya jadi kaku untuk 'menggunakan' lenggok bahasa, olahan penceritaan, 'permainan' watak, dan lain-lain sebagaimana seharusnya 'gaya' sebuah novel atau cerpen. kesannya, tiga puluh minit yang diarahkan untuk menulis satu jalan cerita, tidak berpenghujung, dan saya tersangatlah kecewa, hmm!

rindunya mengarang cerpen atau cer-pan lagi. 
seindah dan senikmat dulu-dulu!  

--
rasa ii

keduanya, saya tidak faham dengan ragam manusia yang satu ini. di KLCC semalam, semacam jadi suatu pertunjukan hebat apabila beberapa orang (penjual) sebenarnya, sedang memerah longgokan delima bersaiz besar, dan dikerumuni oleh ramai orang. 




semacam artis, apabila ada saja yang tidak putus-putus memancar 'flash' sini sana. dalam ramai-ramai manusia yang pelik, dengan ragam yang saya sendiri tidak faham itu, sebenarnya termasuklah saya. 

serius, saya masih tidak faham.

mungkinlah, sebab setiap kali dalam 'keramaian', saya sebenarnya 'sendiri'. dan dalam pantulan orang ramai yang berjuta, saya mampu melihat diri saya sendiri, dan mula bertanya; siapa aku yang sebenar-benarnya?

"I’m not sure what I’ll do, but – well, I want to go places and see people. I want my mind to grow. I want to live where things happen on a big scale." – F. Scott Fitzgerald

--
rasa iii

obsesi bulan pertama, di tahun baru;



macam salah satu tajuk novel Tere Liye, "Berjuta Rasanya", begitulah perasaan saya terhadap dua buah buku ini. oh, berjuta rasa 'suka' dan 'cinta'!

keterujaan itu agak melampau, hinggakan setiap kali ingin membacanya, saya akan membeleknya, membalikkannya ke depan dan belakang, menatapnya berulang kali, lagi, lagi, lagi, lagi, dan lagi hingga belum satu halaman pun sempat habis dibaca. ahah!

sinonimnya, bagi orang yang sangat suka makan aiskrim, dia mungkin akan menikmati aiskrimnya sehabis baik, begitu santun, berhati-hati, dan perlahan-lahan. sebegitu jugalah mungkin perasaannya ingin menikmatkan 'aiskrim' yang satu ini; jangan gopoh Umairah, jangan kalut Umairah, jangan 'buru Umairah. dan. perasaan ini, namanya; 'sayang-nak-baca'.

sangat sesuai untuk writer, bakal writer, sesiapa yang mahu jadi writer, atau pura-pura mahu menjadi writer pun, boleh! (walaupun saya belum pun menghabiskan bacaan)

--
rasa iv

salah seorang yang terhampir, selalu-selalu mengklasifikan saya sebagai seorang yang 'psiko'.

"umy ni psiko", begitulah katanya. 

psiko dalam erti; 'membaca' orang. katanya, mungkin efek novel yang menjadikan saya (mampu) sebegitu! walaupun saya tidak pasti, sejauh manalah kebenarannya. mungkin dengan dia saja, saya menjadi se-psiko itu. heh.

maka, dengan 'psiko' yang itu, impian saya selain membina sebuah "A-B-C" adalah, mewujudkan sebuah librari yang unik dan mendidik. dan, saya mahu menjadi librarian yang semacam doktor merawat pesakit. 

"awak 'sakit' apa? 'masalah' apa?"
"awak perlukan sesuatu yang macam mana?"
"oh, saya suggestkan buku ini."
"hmm, buku ini mungkin sesuai untuk awak"

doakan saya mampu melajukan pembacaan agar dapat menjadi librarian yang se-psiko-itu! yeah! :P

--
rasa v

"Sam said to me the other day, "I love you like 20 tyrannosauruses on 20 mountaintops," and this is the exact same way in which I love him.
- Bird By Bird, Anne Lamott; pg. ix

aduhai, prakata saja pun, 
sudah begitu indah! (over)

sekian, lima rasa dari berjuta rasanya!

ps: #random #rants #conteng

3 comments:

anis said...

Seronoknya bila dapat baca buku yang terselit banyak quote2 ohsem :) Kopi dan buku memang antara nikmat dunia kan kak?

Oh, ni bukan #champak. Rindu kat #rantings. Huu

amirah said...

salam kak umy!

haha lawak pulak baca yang ini.
senyuman untuk sebuah pagi.

teruja dgn idea library psiko tu! knewing exactly the feelings bila orang kata kita pandai psiko. We not do that (not meant to!), but they think we do so. wuwuwu. ya mungkin sbb bahan bacaan tu, bila kita baca banyak cerita cerita from novels etc, ada banyak benda yang quite kita terdedah. haha.
it just.. at least, i knew am not alone. -.-

hmm, library tu macam dalam languange of the flowers, by vanessa diffenbaugh. Tapi, Victoria deal with people melalui bahasa bunga. Kinda like that. You need to figure out by yourself about that. hehe.

"well, I want to go places and see people. I want my mind to grow. I want to live where things happen on a big scale." defnitely, kadang kita tak tahu apa yang kita buat, tapi tengok orang ramai, aktiviti orang, wajah orang, ekspresi, cerita mereka pun dah buat kita bahagia semacam, mcm membaca! buat kita fikir dan belajar. Mungkin?

#tak tahu kenapa sy tulis mcm ni, aish. --hirup kopi.

terima kasih! :D

Umairah. said...

anis;

yep, nikmat. alhamdulillah :)

erm, #rantings akak tutup sebab dah ada #champak. hidup berjemaah lebih happy gitu ;P

tq anis, tak jemu-jemu layan akak menconteng. hehe

amirah;

wa'alaikummussalam adik.

setuju. heh. kan bagus tu, orang tak perlu cakap, kita dah tau dulu. cuma, kena hati-hati sikit. takut terlebih yakin dengan 'sangkaan' kita tu, sampai tersuuzdzon, naudzubillah. kan? hehe

language of flowers? macam menarik je :D

thanks adik, for sharing.
salam kenal ;D

ps: mira ada blog tak? nak baca!