Pages

Sunday, December 15, 2013

"So, you want to be a -WRITER?"

bismillah

ekspo buku 1 malaysia

dalam banyak-banyak kertas kerja yang dibentang dalam International Book Conference 2013, saya paling suka gaya sederhana Mr Patrick Furlong, walaupun secara fizikalnya, dia tampak sangat serius.

tidak pasti sama ada tajuk ("writing media (journalism) and how to raise the interest of young people to enter the field of professional writers") yang akan disampaikan sejak mula telah menarik minat saya, ataupun dia seorang journalis (lelaki) - ehems, ataupun penyampaiannya yang sangat sederhana; sekitar lima belas minit cuma dengan tanpa sebarang slaid.

atau mungkinlah, kertas-kertas kerja yang lain lebih berbentuk teori, ilmiah, dan 'beku', berbanding penyampaian beliau yang lebih santai, segar, dan 'cair', atau ringkasnya; emosional. (serasa-rasa saya, kebanyakan buku dari luar meski berbicara tentang 'marketing', 'bisnes', 'sejarah', kebanyakannya pasti disadurkan dengan unsur-unsur manusiawi - emosi). mungkin itulah antara tarikan buku-buku luar; seolah-olah penulis selalu berinteraksi dengan pembaca. hmm, serasa sayalah.  

antara poin menarik, katanya, dia bukan seorang penggemar buku, malah bukan graduan universiti. tetapi satu hari, satu buku telah menarik perhatiannya, hingga menumbuhkan minatnya untuk terus-terusan membaca. lalu berpindahlah dari satu genre ke genre yang lain. (oh, kita sama!)

dan bila semakin banyak membaca, semakin bertambah kefahaman. seterusnya, akan membuatkan terwujud pula keghairahan untuk berkongsi. dari sini, seseorang akan mula 'bercerita', 'bercakap' atau 'menulis' tentang penulisan!

maka dari situlah, peribadi seorang 'penulis' akan terbina.

 sebab itulah mungkin, formula ini wujud;
"jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis." 
― a. samad said

SO, YOU WANT TO BE A WRITER?
nah;



 ps:  aaaaaaaaaaa, nak tulis buku! nak tulis buku! nak tulis buku! XD

3 comments:

ila husna Norddin said...

p/s: Sentiasa menantikan kehadiran bukumu..

(akhirnya dapat baca. Lega)

ensiyahmuhammad said...

go akak go :D

Umairah. said...

jamilah;
jazakillahhukhayran ukhti.
alhamdulillah :)

en;
jazakillahhukhayran en.
doakan akak selalu.

terima kasih menziarah :D