Pages

Thursday, November 7, 2013

di sebalik kata-kata yang tertinggal (ii)

bismillah

teruntuk penulis (asalkan yang menulis, yang gemar menulis, tidak kiralah mahsyuk tak mahsyuk, terkenal atau marhaen, indie atau mainstream), kalau seminggu tak menulis, hakikatnya dia pasti ada ‘pergelutan’ dengan dirinya sendiri.

sebab menulis hakikatnya adalah keberanian. meski dia lantang mempamer seluruh kelemahan, kelelahan, ketidakupayaan, tetapi dia hero!

“jangan diam,” kata Usman Awang; kerana seseorang hanya layak digelar penulis apabila dia berani menyatakan sikap.

maka selama tempoh tujuh hari dia tak menulis, adalah ketakutan baginya. ketakutan untuk menyatakan seluruh sikap sebenarnya. lemah dia, takut dia, sedih dia, kecewa dia, marah dia, kecewa dia, cemburu dia, geram dia, lelah dia. dan semua sikap-sikap yang dia cuba-cuba sembunyikan.

hanya sebab kalau dia menulis, huruf-hurufnya akan bersuara. dan seminggu yang itu, dia tak mahu menjadi Anais Nin atau Henry Miller;


semuanya akan terpamer jujur, mahu atau tidak mahu. atau mungkin yang terutama, dia takut untuk menulis dengan ‘cinta’, dan ‘bercinta’ dengan tulisan lagi.

sebab baginya, Usman Awang mungkin tertinggal satu lagi makna;

menulis,
selain berani,
-adalah cinta!

dan, dia tak mahu bercinta
(lagi),

sebelum 'membaca' jeff goins;
"you need to start telling the truth. when we tell our truth, we tap into a part of the unconscious self that we’re afraid of, the part people need. you may think of this as your soul; whatever the name, it’s what creates the kind of connection people need, the kind that changes lives."
hah!

--

4 comments:

Shafiq Said said...

HAH

Anonymous said...

Umairah. (malas sign in)
HAH?
:)

Seorang Pencerita said...

''jangan diam''
tp saya suka diam.=)
thanks akak (^_^)

Umairah. said...

seorang pencerita;
:)