Pages

Tuesday, September 24, 2013

SEBUAH KONFESI

(i)

saya rindu sangat suasana kelam awal pagi di uiam, dengan samar malap lampu studi. 

(ii)

saya rindu sangat suasana pagi di uiam, dengan sebungkus twiggies dan secawan kopi. 

(iii)

saya rindu sangat suasana pagi di uiam, melayan buku atau utube quran weekly. 

(iv)

saya rindu sangat masa-masa saya sujud sebetul-betulnya, di ruang privasi. 

(v)

saya rindu sangat saban pagi, buka tingkap luas-luas, tarik nafas dalam-dalam, pandang langit tinggi. 

(vi)

saya rindu sangat masa-masa membaca al-Quran, merujuk tafsir, menulis nota, dan menangis sendiri. 

--

sekarang saya masih menangis, 
bezanya, semuanya tak wujud lagi.


4 comments:

Nadia Rusli said...

kita rasa yang sama :) bezanya cuma, fatin masih di sini, tapi dikelilingi org yg berbeza :) masa untuk kita pandang kehidupan pada skop yg lebih besar!

Umairah. said...

fatin;
trueeee!

tapi kadang, tak boleh deny rasa-rasa rindu yang sangat itu.

hmm hmm
T.T

wahidah said...

(vii)
saya rindu sangat suasana malam yang sunyi, membaca tulisan-tulisan akak seumpama kita sedang berbicara!

---

sekarang, saya masih lagi bertutur
bezanya, tutur kita terzahir di hati.

---

p/s : moga-moga impian saya untuk berjumpa dengan akak satu hari nanti, tercapai jua!


sincerly,
followers | silent reader of your blog :)

fathin kasim said...

akak dah grad ?