Pages

Friday, May 10, 2013

siapa gadis dalam bahasa?

bismillah

YUNUS; 22.

percayakah, kelembutan perempuan pun termaknakan dalam ayat ini?
 
ini antara sebab, saya sangat suka bahasa arab. magis, lembut, mendalam, dan bermakna. perkataannya fleksibel, boleh ‘meregang’ dan ‘melantun’ dengan pelbagai gaya dan bentuk. serius!

kata ustaz (sewaktu menerangkan ayat ini) dalam kelas AOP (arabic for occupational purpose) tadi, ini cuma tafsiran. cuma sebahagian dari banyaknya pintu ijtihad ulama' bahasa (mungkin). atau lebih tepat, golongan mufassirin (pentafsir).

dan oh, saya pun jatuh cinta lagi!

--

dalam surah yunus, ayat ke-22, Allah menggambarkan ciri-ciri angin atau dalam bahasa arabnya disebut (الريح). dan di dalam ayat ini, diulang dua kali perkataan (الريح). pertama, menerangkan tentang angin yang baik; (ريح طيبة). keduanya, mencirikan sifat angin yang kedua iaitu, (ريح عاصف); angin yang keras.

perlu diketahui, hukum asas bahasa arab (nahu / tatabahasa) -nya sangat berbeza berbanding bahasa-bahasa yang lain. antara cirinya, bahasa arab sangat menekankan dan membezakan letak duduk jantina; lelaki (muzakkar) mahupun perempuan (muannath). baik manusia, haiwan, atau benda.

cara membezakannya, cuma dengan tanpa atau adanya huruf ta’ marbuthoh di hujung perkataan. kalau ada, mewakili sifat perempuan (muannath). kalau tiada, bermakna sebaliknya; iaitu sifat lelaki (muzakkar).

anehnya, dalam ayat ini, perkataan ‘angin’ atau (الريح) menggunakan kedua-dua sifat itu. pertama; (طيبة), dan keduanya (عاصف).

--

kata ustaz, angin yang pertama menggambarkan angin yang baik, yakni angin yang lembut, sepoi-sepoi, 'malu-malu' dan nyaman. persis sifat perempuan yang asli, semulajadi. maka, digunakan di situ (ريح طيبة).

berbeza dengan sifat angin yang kedua, iaitu keras dan kuat. maka digunakan di situ, (ريح عاصف); tanpa huruf ta’ marbuthoh, mewakili sifat kelelakian (muzakkar).

subhanallah! baik dari segi konstruk, bentuk mahupun makna ayat, bahasa arab selalu punya pemahaman yang maha luas! makin dikaji, makin jatuh cinta, hahhhhhh!

cukuplah satu kata, -indah. selebihnya, Allah lebih Maha Mengetahui.

--

*bagi adik-adik (uiam) yang berminat audit kelas tambah, sila-silalah mencuba regis subjek bahasa arab di celpad. kenal-kenal dengan ustaz muhammad abdul rahman ibrahim yousef. beliau sangat mendalami bidang bahasa. cara beliau mengajar, sangat bagus. mudah faham, dan banyak diajar perkataan dan uslub (gaya) bahasa yang baru. owseeeem.

perasaan belajar dengan ustaz ini; macam mahu snap gaya dan momen ustaz setiap kali beliau mengajar. ternampak kegigihan, ketulusan, keikhlasan, dan beliau sangat baik hati, mashaAllah!
 
selamat belajar, duhai perempuan yang lembut!
heh :)

ps: hoyeah (alhamdulillah), akhirnya berupdate!
 

13 comments:

siskahaidan said...

aaa.

setiap kali tulis.
setaip kali tu jugakkkk..
best!

semoga terus menulis!

Umairah. said...

siskahaidan;

sebenarnya waktu tulis nie, umy sendiri konfius. macam berbelit-belit maksudnya. banyak kali jugak backspace.

tak reti nak sampaikan real dari kata-kata ustaz, dalam bentuk penulisan.

tapi kalau entri nie dapat difahami, alhamdulillah :')




najihahusna said...

Akak,
doakan .

Sy pun nak sambung dlm bahasa arab,
Inshaallah :)

the saa. said...

subhanallah ! subhanallah !

akak, saya juga makin hari makin jatuh cinta dengan bahasa syurga ini. makin payah untuk difahami, makin ingin saya dekati. dan bila sudah dapat, nikmatnya hanya Dia yang tahu bagaimana.

kama qolat ustazah azlina, "bahasa arab pun pandai jaga ikhtilat. muzakkar kena duduk dengan muzakkar. muannas dengan muannas. takleh main letak je."

kak umi, saya rindu ;)

Anonymous said...

Akhirnya, terupdate.
terubat rindu.
:)

jmn

Umairah. said...

husna;
subhanallah. akak sokong sepenuh-penuhnya! nanti, kalau nak tanya apa-apa, akak (sebagai senior, ehems!) sangat mengalu-alukan. hehe.

moga Allah permudahkan husna, ameen :)

ps: nak sambung uia ke?

ainum;
waktu matrik dulu, akak pun macam ainum. even sekarang, still rasa susah. sebenarnya, penguasaan bahasa akak masih dalam kategori "worst". apapun, sekurang-kurangnya, pengetahuan (walaupun sikit) bertambah dari hari ke hari.

belajar bahasa nie, kredit sebenarnya untuk yang berjiwa halus macam ainum. waktu ustaz explain pun, boleh tiba-tiba terharu dan menangis. percayalah! ahah :)

dan, insyaAllah akak yakin, ainum akan lebih baik dari akak, ameen :D

jmn;
entri nie kredit untuk jamilah :')

Anonymous said...

assalam akk,

sy dah lama follow blog akk...
izinkan sy share ye bait2 akk yg berilmiah :)

Anonymous said...

akhirnya update,

rindu nk like,heh.

~huda.

*lama x ketemu. :(

Umairah. said...

anon;
silakan, adik. dengan besar hati, dan sebesar-besar penghargaan :')

terima kasih adik!

huda;
akak nampak huda di masjid lev3 petang khamis lepas. tapi, huda tengah bizi, sobs.

jadi, akak diam jelah, memandang dari jauh. hahah XD

take care!

anis said...

lama dah tak baca post akak. akak pun dah lama tak post. busy PRU mungkin ;)

kami semua amik EOP, tapi akak amik AOP. first time anis dengar. sungguh, tabik spring! :)

akak, nak tanya, kalau 'jazakumullahu khairan' untuk perempuan, jadi "jazakun_______" apa ye? anis tak tau bila nak guna -kum or -kun/kunna ni. huu

Umairah. said...

anis;
kalau ikut grammar sebetulnya untuk "antunna", akan jadi "jazakunallah" :)

tapi sebenarnya, term "jazakumullah" applicable untuk jama' kedua-dua jantina. jarang orang guna jazakunallah, walaupun semua perempuan (ramai).

cuma single (mufrod), yg betul2 dibezakan;

muzakkar: jazakAllahhu khayran
muannath: jazakIllahu khayran

wallahhua'lam ;)

anis said...

ooooo.. ok baik ustazah. in sha Allah lebih yakin untuk dipraktikkan. jazakillahu khayran :)

Nota Hati said...

Terbaik. Semoga dapat berkongsi lagi. :)
Nak menimba ilmu. :)