Pages

Friday, May 31, 2013

ps: "mencintai -Mu, harus menjadi -aku".

bismillah
 
pernahkah rasa sedih yang amat?
sunyi? kosong? kecewa? letih?
tidak ketahuan punca?
 
jujur, saya pernah.
(jawapan jenis apakah ini)
 
hari itu, usai solat Asar;
 
saya sujud, bangun. sujud, bangun, sujud, bangun. sujud bangun. sujud yang terakhir, hati kata, "bercakap dengan Allah, bercakap. bercakap". maka yang terakhir itu, agak panjang, dan terburai-burai air mata yang entah, bersebabkan apa, sebenarnya?
 
magis, bukan?
 
usai sujud, saya rapatkan tubuh ke dinding (seperti selalunya, jika bersedih). tekapkan telapak tangan ke dada, dan rasakan sepenuhnya keberadaan Dia.
 
sambil ulang tutur, "..yang paling mafhum, paling arif, paling tahu".
 
lalu, saya capai al-Quran.
 
"Allah, kalau Engkau dengar, bercakaplah dengan aku. bercakaplah. tolonglah, bagi jawapan".
 
saya pejamkan mata, rapat-rapat. tundukkan wajah, tarik nafas.
 
"tolong ya Allah, bercakaplah"
 
dan secara rawaknya, saya belek halaman demi halaman dengan masih lagi pejam, masih lagi ujar; "bercakaplah denganku. bercakaplah".
 
refleks, saya berhenti.
celik, dan biar mata jatuh pada satu ayat.

saya baca;
"janganlah engkau melaksanakan solat dalam masjid itu selama-lamanya. sungguh, masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih pantas engkau melaksanakan solat di dalamnya. di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih". (at-taubah : 108)
terkelu seketika,
sebelum menganak deras-sederasnya!
 
rebah.
sujud.
"..di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih.."
bila?
..kali terakhir kau sebetul-betulnya 'menyinggah' rumahKu, kekasih?

--

ps: "mencintai -Mu, harus menjadi -aku" - sapardi djoko damono
 

6 comments:

'Atiqah Mahmud said...

Slalu
Bila tak jumpa
sujud lama-lama
Nagis dalam-dalam ='/
Ya bila kali akhir....

Umairah. said...

atiqah;
:')

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

Assalamualaikum akk
Maksud ayat itu bila kita pergi ke masjid maksudnya kita ingin menyucikan diri kita ya ?

Umairah. said...

fatin;
wa'alaikummussalam

ye, adik.

cumanya, ada beza antara 'tadabbur' dan 'tafseer'. kalau 'tafseer', lebih mendalam kajiannya. tentang asbab nuzul (sebab penurunan ayat), dan ditafsirkan hanya oleh ulama' yang mu'tabar.

kalau tadabbur, sesiapa pun boleh. berdasarkan ilmu dan pengetahuannya, selagi tidak bertentangan syariat. tadabbur ini lebih kepada kita kaitkan ayat tersebut dengan kehidupan seharian.

kalau ikut kefahaman dan ijtihad akak, begitulah maksudnya, insyaAllah :)

nusrah said...

umy,
first of all, jazakillah.
hmmm..byk2 kali baca. ulang dan ulang entri ni
entahlah, mungkin kena dgn kondisi diri. sampai nak cakap apa dgn umy pun tak tau -_- errr, I think I make it sounds complicated. again, jazakillah.

Umairah. said...

tiya;
terasa rindu pulak nak jumpa tiya lagi sekali :)