Pages

Monday, April 1, 2013

4/5!

bismillah



untuk novel ini, saya paling suka rentak bahasanya; dialog yang bersahaja, spontan, tidak terikat, natural, hidup, dan bebas. 

kekuatan bahasa langsung membawa pembaca pada pemaknaan karakter dan watak sekaligus. serius, dapat diselami. eceh. 

walaupun ada sebahagian unsur suspens yang dapat ditebak (teka) dari mula, namun tertampung dengan kekuatan tema; kombinasi seni (lukisan, tulisan, tarian, budaya) yang dialun sederhana, cantik, bahkan mampu menyentuh deria-deria rasa.

tidaklah sampai berjurai-jurai air mata pun, tapi entah. malah, setitik pun tidak tertitis. komedi pun ya, cinta pun ya, persahabatan pun ya, kekeluargaan pun ya, cita-cita pun ya. apapun, saya suka mungkin sebab kena dengan selera jiwa. kot?

novel perahu kertas; empat bintang!

oh, motif pembelian: tertarik pada tajuk. 

--

babak favorit;

keenan membawa kugy berkeliling melihat lukisannya, seperti orang yang mengadakan pameran. "ini berjudul sunset from the rooftop, ini heart of bliss.. yang ini the shady morning dan yang ini silent confession.. dan yang ini.."

"ini yang paling aneh," celah kugy menunjuk lukisan yang hanya gradasi warna dan garis-garis halus seperti larik-larik kapas. "yang lain ada gambar orang, cuma yang ini tidak ada". 

"cuba teka judulnya".

"itu misi mustahil namanya. mana mungkin aku dapat teka".

"lukisan yang ini jangan difikir, tetapi harus dirasa. apa perasaan yang muncul ketika kamu lihat lukisan ini? itulah judulnya".

kugy merenung lukisan itu lama-lama. dia memejamkan mata. lama. kedengaran nafasnya menghembus, dan setengah berbisik, dia berkata, "bebas."

giliran keenan terpaku. perlahan-lahan dia membalikkan lukisan yang tersandar pada dinding itu dan menuding ke arah judul yang tertera.

kugy terlopong. "freedom?"

"serius, aku sama sekali tidak sangka kamu dapat menekanya dengan tepat." keenan menggaru-garu kepala. "ini kebetulan yang aneh". 

hlmn. 51

--
wallahhua'lam.

ps: ini namanya eskapism. ergh!


10 comments:

Anis Naazira said...

:) lama tak leave a footprint here :)
btw, siapa penulisnya kak?

Umairah. said...

penulisnya; dee :)

sori, akak terlupa nak state sekali. anis boleh try tengok di goodreads. :D

faaizz d. zul said...

salam alayk'

perahu kertas ni, edisi asal ke atau dah ada yang diterjemah?

btw, dah baca Filosofi Kopi?

best juga.

Umairah. said...

faaizz;
w'salam wrt

edisi terjemahan, PTS. tapi, gaya bahasa dia macam tak banyak diubah sangat, sebab masih dapat 'feel' indonesian, err

dah dibaca, versi pdf. erm, filosofi kopi rasanya lagi 'matang' & best dari tulisan dia yang nie; cerita cinta yang biasa-biasa, banyak klise.

tapi sebab cuma baca pdf, perasaannya taklah senikmat membaca buku :)

nusrah said...

umyyyyy,
if then u should watch the movie too. I just fall in love with this story and have watched it for the 2nd time.. :p

Umairah. said...

nusrah;
hehe. suka betullah kalau jumpa orang yang minat sama nie.

btw, umy dah tengok movienya. personally, umy prefer novel dari movie. bila tengok movie, rasa macam pelakonnya kurang menjiwai watak, eceh.

scene pun macam 'dipaksakan' untuk ada, sebab nak samakan dengan jalan cerita dalam novel. bila tengok, umy rasa babak macam 'melompat-lompat', dan tak berjalan dengan natural. plot cerita macam tak berkesinambungan.

tapi wajarlah, sebab movie cuma 2 jam, berbanding novel asal yang berjela-jela halamannya. ;)

apapun, pandangan nie, mungkin sebab umy dah baca dulu novelnya, baru tengok movie. kalau tengok dulu, baru baca, feelingnya mungkin lain pulak.

err, dah jadi pengkritik filem pulak. ahah, sori.

again, jazakillah tiya! :D

nusrah said...

betul umy, ada plot yg kadang2 kurang connection sebb mgkin terpaksa sumbat 1 novel yg ckup berjiwa ke dalam movie 2 jam (even movie dia siap ada version perahu kertas 1 & perahu kertas 2)

tiya rasa, penulis Dee tu memang jiwa seni sebab dia olah watak hero & heroin berkongsi jiwa with only just one word; SENI

oh, panjang pula membebel. -_-

tiya ttggu bila nak kuar movie bidadari2 syurga karya tere liye. errr

Umairah. said...

nusrah;
yap, dia memang penulis seni, mashaAllah. tiya cuba baca filosofi kopi pulak. best jugak :D boleh download dalam bentuk pdf.

oh, tere liye? umy belum baca lagi. satu hari nanti, insyaAllah.

jazakillah tiya untuk cadangan ;D

Alyaa Ali said...

both of you akak, have triggered my 'read mode'

tak sabar nak tunggu adik balik utk guna vaucer buku dia! ;D

Anonymous said...

akak..

movie vs novel, huda lg suka novel walaupn xla suka sgt membaca,hee.

sbb novel blh bebas berimaginasi :D