Pages

Friday, April 5, 2013

05:43.

bismillah

dalam melalui proses tarbiyah, banyak kali dilatih untuk bercakap. dilatih untuk mengurus, dilatih untuk bermacam-macam benda, yang diposisikan mengikut kemampuan masing-masing. 

persis Bilal yang diposisikan mengalunkan azan, kerana suaranya merdu. Khalid al-Walid meski paling kurang hafalan al-Qurannya, merupakan antara sahabat agung hingga digelar saifullah; pedang Allah. Hudzaifah al-Yamani, sebagai pemegang rahsia. Zaid bin Tsabit, sebagai penulis wahyu. Salim Maula Abi Hudzaifah, meski di awalnya cuma hamba sahaya, namun beliau tergolong dalam senarai yang paling mafhum tentang al-Quran. Abdullah Ibnu Makhtum yang walaupun cacat penglihatan, 'dimuliakan' di prajurit paling hadapan, lantaran kebutaannya menghalang dari rasa gentar dan takut berhadapan musuh. malah Nu'ayman bin Amr yang disifatkan suka berlawak, dibela Rasulullah dengan kata-kata; "jangan mencelanya. sesungguhnya dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya".

subhanallah.

dalam halaqah terakhir semester lepas, sewaktu berbincang-bincang dengan murabbi suatu hari, saya adukan kelemahan saya dalam bercakap. kelemahan dalam menjadi muwajjih. kelemahan dalam menjadi murabbi. kelemahan yang saya rasakan 'segala-gala' kelemahan yang ada dalam diri.

fikir saya pada waktu itu, murabbi mungkin akan membalas pengaduan saya dengan galakan untuk berusaha lebih, supaya meningkatkan potensi diri dan sebagainya. dan saya pada waktu, mungkin hanya perlu mendengarnya dari mulut orang lain, sekadar mengingatkan sekali lagi, meski hakikatnya diri sedia tahu tentang itu. 

namun, yang dikatakan ternyata menyimpang dari telahan akal fikir. kata dia;

"umy ada kelebihan tersendiri yang mungkin orang lain tak ada. dalam menyampaikan, ada muwajjih yang pandai berlawak, ada muwajjih yang serius, ada muwajjih yang sekian dan sekian, semua itu hakikatnya melengkapkan. terpulang pada audiens untuk memilih, kerana tidak semua audiens suka pada satu-satu kriteria tertentu sahaja. akhawat sangat menghargai kelebihan umy, maka jadilah diri umy sendiri". 

subhanallah, moga terletak sebagai buah tutur yang Rasulullah sabdakan sebagai sedekah, diangkatnya ke langit tinggi, dan tercatat sebagai amalan yang baik di sisi Allah, sebagaimana yang difirmankan;

"kepadaNya -lah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan Dia akan mengangkatnya" (Fatir: 10)

--


belajar 'izzah dengan diri sendiri. belajar mengoreksi kekuatan dan kelemahan sendiri. belajar memposisikan kesemuanya di jalan yang benar. belajar mengakuinya, belajar mengatakannya, dan belajar mempraktikannya. 

ya Allah, permudahkanlah.
ameen.



______
"i write to give myself strength. i write to be the characters that i am not. i write to explore all the things i'm afraid of" - joss whedon

11 comments:

Alyaa Ali said...

"fikir saya pada waktu itu, murabbi mungkin akan membalas pengaduan saya dengan galakan untuk berusaha lebih, supaya meningkatkan potensi diri dan sebagainya. dan saya pada waktu, mungkin hanya perlu mendengarnya dari mulut orang lain, sekadar mengingatkan sekali lagi, meski hakikatnya diri sedia tahu tentang itu. "

selalunya, hal ini yang buat saya jadi terkebelakang dalam mengadukan kelemahan diri kerana hakikatnya saya tahu cara mengatasinya. cuma kekuatan itu tidak dibina dahulu. hmmm :(

sakit kan rasa tu.

Umairah. said...

kadang2 kita dah tahu, cuma mungkin diri nak dengar orang lain yg beritahu.

adu kelemahan pun, boleh ajar diri rendah hati, dan tawadhu, insyaAllah. alyaa belajar, akak belajar, sama2 belajar, okeyh?

mg dipernudahkan :D

Umairah. said...

cet, 1st typo. gelakkan orang sangat. waaa! :O takpe2, rendah hati. (ergh)

ismisyahida. said...

diperNudahkan.

okay, yang keempat. masuk dic.
dan maaf, tak tahan nak gelak.

hehew.

Alyaa Ali said...

lulz
(padahal tengah gelak tergolek golek :p )

ok bye nak sambung senyum (gelak)
semoga dipernudahkan. ikikikiki

Alyaa Ali said...

maaf akak.
ok dah habis geli di perut.
sekarang surius.

T____T
insyaAllah akak
akhawats SAYAng,
jangan jelak dengar adik kecik sorang ni mengadu yea

promise ^^v

Umairah. said...

kak syida;
amboi, sukanya. nah, updet;

1. sayaNG = saya
2. folloR = follow
3. jaAN = jalan
4. diperNudahkan = dipermudahkan

ayuhlah gelak berjemaah, sebab alyaa still juara. XD

Anonymous said...

salam..

lama xdpt 'like' post akak sbb bace kt 'enset cangggih' hihi.

serius rindu :)

jumpa nnti.

Umairah. said...

huda;

amboi, makin canggih makin lupa. yelah, merajuk. ;P

kak syida, alyaa;
5th; tamam = taman

hehu XD

anis said...

Akhawat sana sungguh beruntung punya akak yang sangat tajam mata penanya. Allah yusahhil akak ;)

Umairah. said...

anis:
jazakillahhu khayran, anis. akhawat pun sangat bertuah ada anis yang aktif, dan ada leadership yang mantap, subhanallah. :')

lagilah pulak, rajin menulis lagi. hehe. alhamdulillah!