Pages

Friday, February 15, 2013

Butterworth dan Nasi Goreng Cinta.

bismillah



mungkin.

mungkin tak akan pernah ada lagi yang sudi memicit-micit cili hijau, mengepal nasi putih, mencuit garam halus, membubuh bilis, memukul telur, meracik bawang, dan mengadun kesemuanya, tulus buat kita yang itu;

yang sedang rancak di dalam bas memicit-micit telefon bimbitnya:

"adik, ada nasik dak kat rumah? akak lapaq sangat nie. dah masuk angin. balik nanti, akak nak makan tau"
--

penang sentral, butterworth; 
satu malam, dalam kereta:

"ummi dah bawak bekal kat akak. ayaq pun ummi bawak sekali. kesian, lapaq sangat"


mungkin. mungkin tak akan pernah ada lagi yang menuang kasih sekilat dia.

ya, mungkin ada. kalau yang ada itu, sudi mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan, menyekolahkan, mendewasakan kita, buat kali kedua.

ada?

--

aduhai, anak mana yang tak bergoncang jiwa?
mau terembes setitik dua.

tak akan pernah sama seribu satu entri cenderajiwa, 
dengan pekat malam, dan sebekal nasi goreng cinta.

Ummi, Akak cinta Ummi kerana Allah.
Selamat Hari Lahir, Ummiku Sayang!

"buatmu Syurga, buatmu Syurga, buatmu Syurga"
ameen, ameen, ameen.

ditulis; februari tujuhbelas 2013 m. rabiulakhir 1413 h

______
ps: itu satu-satunya adik lelaki saya. 19 tahun. kelebihan: manis, cerdik matematik, pandai buat cikencop, buat bising, buat stegrem dan pertonton gambar kakak (tanpa izin) dan ya, romantik juga. ;D

3 comments:

Alyaa Ali said...

sanah helwa ummi akak!
*alamak, mcm mne nk buat past tense? wew~

:-*

najihahusna said...

Sedapnyaaa .
Indulgence cake kn tuhh . :o

Moga allah merahmati famili akak :)

Umairah. said...

alyaa;
"ya. ya. terima kasih. tolong jaga anak makcik tu yeee. jangan bagi dia lapaq"

ok, dialog tipu.
hehe

jazakillah kheir, alyaa! ;D

najihahusna;
akak pun tatau nama dia. tapi yang pasti, dalam kek tu, pisang je lebih. keknya kurang. jarang beli sebenarnya :)

jazakillah kheir, atas doa yang manis. untuk famili adik juga! ;)