Pages

Tuesday, February 12, 2013

23:30.

bismillah

Taha, antara surah yang mampu membuat bibir senyum, dan mata menangis serentak. juga, (mashaAllah!) antara surah yang paling saya suka.

senyum pada kelucuan Nabi Musa A.S yang berhelah, mahu berlama-lamaan ketika bercakap dengan Allah S.W.T. dan, menangis bila merefleks sejauh mana diri telah merasakan manisnya, berbual-bual dengan Allah S.W.T.? 

"dan apakah yang ada di tangan kananmu, wahai Musa" (Taha : 17)
"dia Musa berkata, "ini adalah tongkatku". (Taha : 18)

tidak terhenti di situ, Nabi Musa A.S perpanjangkan lagi ceritanya; "..aku bertumpu padanya, dan aku merontokkan (daun-daun) dengannya untuk (makanan) kambingku, dan bagiku masih ada manfaat yang lain". (Taha : 18)

manis dan indahnya, kalau sering-sering bercerita dan bermanja pada yang selalu mendengarkan kita, Allah S.W.T.

subhanallah, bukankah Maha Samii' -nya Allah? 

--

kalimah yang Allah gunakan dalam Taha, sangat lembut, manis, dan indah. antaranya, kalimah "taqarra- تقرّ" atau kata akarnya "qarra = قرّ" yang terjemahan secara harfi -nya membawa makna "menyejukkan". 

"فرجعناك إلى أمك كي تقر عينها ولا تحزن" 
"dan Kami kembalikanmu pada ibumu agar sejuk matanya (senang/lapang hatinya) dan tidak bersedih"
(Taha : 40) 

subanallah, bukankah Maha Lathiif -nya Allah?

--

"وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها"
(Taha : 132)

antara lainnya juga, bila Allah gunakan kalimah "اصطبر" yang kata akarnya "صبر". sepengetahuan saya yang sangat sedikit (kalau tersalah, mohon betulkan), kalimah "اصطبر" membawa maksud gandaan pada makna "sabar".

kalau ditadabbur mengikut kefahaman yang paling cetek, seperti terlalu mafhumnya Allah pada keterbatasan hati dan jiwa kita yang sentiasa perlu motivasi, perlu semangat dan sokongan. hingga Allah tekankan, perintahkan, ingatkan kita lagi dan lagi, supaya sentiasa "sabar atas sabar" dalam menunaikan ibadah, terutamanya solat.

harus mujahadah. harus jiddiyah. harus berusaha untuk kerahkan seluruh tenaga untuk dirikan solat yang sempurna; ketepatan waktu, kebersihan jasad dan jiwa, kesediaan akal dan roh, thoma'ninah, tertib, fokus dan khusyuk.

subhanallah, bukankah Maha 'Aleem -nya Allah?

--

ya Allah, didiklah hati kami untuk sentiasa mengenal-Mu,
sampai jatuh, lagi dan lagi, mencintai-Mu.

ameen.



_____
فلا فرق في المعنى بين "اصبر" و"اصطبر" في أصل المعنى فمعناهما الأمر بالصبر، ولكن اصطبر أوكد في المعنى

"tiada perbezaan makna antara "اصطبر" dan "اصبر". maknanya, adalah perintah untuk sabar. tetapi, "اصطبر" menguatkan lagi makna sabar".

sumber: islamweb

7 comments:

Anonymous said...

akak :'(

akak pandai tulis. (Y)

Umairah. said...

mulanya, akak pun tak reti nak berkongsi dengan cara yang macam mana. takut berbelit-belit, dan susah difahami. alhamdulillah, Allah dah mudahkan. :)

moga kita makin mencintai Allah, insyaAllah.

Alyaa Ali said...

akak, mohon satu date, untuk tadabbur bersama? ^^
bilik akak, banyak katil kosong kan? ;D

Umairah. said...

alyaa;
rindunya nak tadabbur dengan alyaa lagi. macam di kafe hari tu, hahah. best moment ever. XD

amboih, satu malam rm50. kali nie, secawan hotchoc pun bercaj. :P

najihahusna said...

Seronoknya dpt tadabbur smpai ke makna harfinya sekali.
Mashaallah !

:)

Izz Athirah said...

jazakillah akak :)

Umairah. said...

najihahusna, izz athirah;
waiyyakum :D