Pages

Thursday, February 21, 2013

07:10.

bismillah

itu cara aku memberitahu diri sendiri dengan paling jujur. itu cara aku berdialog dengan diri sendiri, antara pergolakan jiwa dan persoalan-persoalan, meski punya, atau tanpa jawapan. 

itu cara aku menyongsong gagah, keluar dari tubuh. dengan sukarela, mahupun terpaksa. itu cara aku membangunkan jiwa goyang aku sendiri, dan dengan cuba untuk berani, mempamer cacat rabaknya pada sejuta manusia. 

itu cara aku mengaut kesemuanya dari kantung mata, menuraskannya dari lubuk jiwa, dan dengan sengaja, cuba dengan cermat, membubuhnya di sini. 

itu cara aku melukiskan apa adanya dalam kalut, tenang, sederhana, apa yang di dalam ini, untuk bersemuka dengan dunia luar, dan menyatakan; 

"kawan, aku ada.
di sini, dalam huruf-hurufku". 

--
ps: alangkah kalau pena aku itu, selalu adalah pena muharrik, dan pena da'ie. hmm

himm / februari.rabiulakhir