Pages

Monday, December 17, 2012

RAWAK.

bismillah

--
PIJAKLAH AKU


Allah sedang ajar rendahkan hati,
senyumkan saja, senyumkan saja.

yang sebenarnya, sudah terlalu tinggi 
kau pijak kepalamu sendiri

--
BASIRAH


salah? selak al-Quran. rindu? jumpa al-Quran. letih? baca al-Quran. debar? tatap al-Quran. marah? kucup al-Quran. sakit? junjung al-Quran 

al-Quran, al-Quran, al-Quran. 

sampai hanyut jatuh cinta, lalu hurufnya mendarah. perkataannya mendenyut nadi. maknanya menggerak basirah. yang menuntun salah, menyederhanakan rindu, menghilangkan letih, mengendurkan debar, merawatkan marah. 

dan, dan, dan 
amin, insyaAllah! 

mira dulu pernah cakap; "fake it, to make it!"

--
SABAR


sabarkan mendengar; 
cerita-cerita akan tertemukan, 
ditayangkan paling jujur 

dan bukankah sebenarnya
kita sedang diajar 'tuk lebih mengenal?

--
WALID
(yang ini.. hmm?)

@queenummie
07:57 waled tanya duit ada lg ka, kwn dh byr?

07:58 ada2. dah 

@queenummie
08:00 ok, walid tu fkir psl ank tp bukn nk tnya sndiri 

hah ha! 
:D

--



"..hmm, dalam banyak-banyak rasa bila down semacam; yang paling kuat mendorong adalah, 'bisik' -Allah. dan kedua, adalah suara hati sendiri yang tiba-tiba perlahan berkata; "kalaulah satu dunia menolakmu, akan ada seseorang yang akan selalu percaya. cepat, mahupun lambat, tapi cukup untuk kembali gagah; 

-UMMI"

hoyeahh!

10 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

"kalaulah satu dunia menolakmu, akan ada seseorang yang akan selalu percaya. cepat, mahupun lambat, tapi cukup untuk kembali gagah;

... suka yang ini.

Umairah. said...

jamilah;
lama tak nampak jamilah :)

Alyaa Ali said...

akak, itu akak ke ummi? heh -.-

Umairah. said...

alyaa;
amboi. ohye, jangan tersalah merisik pulak. eh :P

Alyaa Ali said...

lol
mak akak eh? serious serupa!

Alyaa Ali said...

maksud saya ummi ;)

Umairah. said...

alyaa;
harus lah.
anak ummi kan.

XD

the saa. said...

salam. akak, saya pun nak tanya mcm kak alyaa tanya,.keh3..

oo..dah kenal sikit2 muka kak umyy :D

Umairah. said...

ainum;
haha.

tak sama pun sebenarnya.
nanti singgah penang ok.

wajib ;)

Alyaa Ali said...

kalau nak tau mcm mana muka kak umai bila dh tua, lihatlah muka umminya ;)
maintain! uhuk
sila jangan kembang sangat :p