Pages

Saturday, December 15, 2012

Monolog 14:00

bismillah

(i)

gagal aku untuk istiqamah, mungkin sebab aku sentiasa memulakan sesuatu, mengubah sesuatu, dan menjadi sesuatu kerana orang lain.

agak-agak, bila buat sesuatu kerana Allah, merasakan betapa Dia memerhatikan detik-detik perubahan, hijrah, usaha, jatuh bangun, yang pastinya akan selalu dan sentiasa menyeru ulang tata, pasti aku akan sentiasa bangkit tanpa terputus-putus

..oh Allah!

bagaimana mahu mewujudkan Engkau dalam setiap mimpi, merasakan, menyedarkan bahawa Engkau sentiasa ada; melihat, memerhati dan sedang menyayangi?

hmm?

--
(ii)

kata ustaz, kalau iman kita mantap, akan terlahir dua perasaan;

pertama: perasaan muraqabatullah iaitu merasakan pengawasan Allah setiap masa 
kedua: perasaan masuliyyah (tanggungjawab) melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baik mungkin kerana adanya harap kepada rahmat Allah, dan takutkan azab Allah s.w.t. 
--
(iii)

maka masalah aku sebenarnya ialah;
beriman,
kemudian membina iman,
kemudian beramal soleh.

"illa alladzina aamanu, wa 'amilus soolihaat" (al-'asr : 3)
..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

ya Allah, mahunya menjadi orang yang Engkau katakan;
"..qod aflahal mukminun.." (al-mukminun : 1)


--
(iv)



ergh!

disiplin, umairah!
disiplin-

untuk |i, ii, iii, iv| Muharram,
duhai, cemerlanglah Safar!
Allahhu Musta'an.

--marhaban, i.ii/iiiiv.

7 comments:

-hazen said...

wah lawa header. cis.

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

salam akak.

ha'a la kan. hm..masalah iman.

btw, cutenya header. macam rumah burung hantu je..huhu.

akak, bila nak buat kuizz?

Umairah. said...

hazen;
eh?
cun lagi mapel yang gugur.

ainum;
ada aura2 misterius tak?

“do act mysterious. it always keeps them coming back for more.” ― carolyn keene

heh-

ohye, dah lama tak buat. tapi, apa kata ainum pun cuba buat jugak?

:')

Anonymous said...

Akak,
nak komen..

header serius ensem :p

Umairah. said...

huda;
manakah yang lebih hensem?
header atau tuan? ^.~

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

ada auranya..keh3..

oloo.. x berapa nak pandai la akak. akak buat la kuiz pepagi hari. fresh sikit kot.huhu

Anonymous said...

love this :)