Pages

Sunday, December 30, 2012

kuiz #2.

bismillah

rentetan kuiz I, dan jawapan
lai lai meh, KUIZ II;

jawapan tanpa dalil baik.
jawapan berserta dalil ter-baik.

semua jawapan ada dalam Al-Quran. 
:)
--

1. golongan apakah (dinamakan dalam Al-Quran) yang mengaku mereka sebagai penolong-penolong agama Allah? 

2. apakah yang Allah perintahkan kepada Nabi Ayyub A.S untuk menyembuhkannya dari penyakit? 

3. apakah nama tempat yang menjadi sumber kedua-dua puteri Syuaib mendapatkan air? 

4. siapakah yang membantu puteri Syuaib mengangkut air dan memberi minum ternakan mereka? 

5. kaum Nabi apakah yang telah ditimpakan gempa bumi yang dashyat kerana perbuatan mereka mengurangi takaran? 

6. di dalam Al-Quran, ada dinyatakan ayat-ayat ini. siapakah ‘aku’ yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di bawah? 

i. “hanya kepada Allah, aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku”.  
ii. “aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”  
iii. “sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku sibuk dari ingat akan (kekuasaan) Tuhanku, sampai matahari terbenam”  
iv. “ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah, dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku”  
v. “sungguh, aku berlindung kepada Tuhan yang Maha Pengasih terhadapmu, jika engkau orang yang bertaqwa” 

7. apakah yang diperintahkan oleh Malaikat kepada Maryam demi menahan kesakitannya ketika melahirkan? 

8. “dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dengan ___________ dan ___________. dan solat itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang _____________”.

9. "dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti melakukan itu besok pagi, kecuali dengan mengatakan, _____________"

10. "teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan, kecuali mereka yang ____________."

11.  "___________ sungguh penyantun, lembut hati, dan suka kembali kepada Allah".


wallahhua'lam.

9 comments:

Izz Athirah said...

subhanallah,bestnya! :D
tapi,perlukan masa jugak untuk jawab ni ;p huhu

kak Umairah,jazakillahu khairan katheera :') saya banyak belajar daripada akak.alhamdulillah

ps : boleh tak saya nak kongsikan & sebarkan ilmu yang saya dapat daripada blog akak?

Umairah. said...

izz athirah;

alhamdulillah.
surely adik. :D

oh ye, untuk kuiz nie, bagi akak jawapan tak penting pun. yg penting, kita minat nak tadabbur yang mana, nak ambil lessons yang mana, dan nak cuba praktikkan yang mana.

dan buat kita realize, banyaknya Allah bercakap dengan kita tiap-tiap hari. setiap hari, dapat maklumat dan lessons yang berbeza-beza, subhanallah3.

kalau tak boleh buat semua, ambiklah walaupun satu. reminder untuk akak, akak, dan akak jugak insyaAllah.

ps: selamat mencuba, adik! tak jawab semua pun takpe. jawab setakat yang termampu ok ;D

nusrah said...

Assalamualaikum umay, i do love this! I always waiting for the next quiz since you posted the first one. Alrite, so here we go ;)

1 - golongan hawariyyun [surah ali imran : 52 & surah as-Saff : 14]

2 - "(Allah berfirman) Hentakkan lah kaki mu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami menganugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan Kami melipatgandakan jumlah mereka, sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berfikiran sihat." [Surah Sad : 42 & 43]

3 - Negeri Madyan [Surah al-Qasas : 23 & 24]

4 - Nabi Musa as [Surah al-Qasas : 23 & 24]

5 - Kaum Nabi Syu'ib as, penduduk Madyan [Surah al-A'raf : 85 -93]

6
(i) Nabi Ya'kub as [Surah Yusuf : 86]

(ii) Nabi Yusuf as [Surah Yusuf : 23]

(iii) yang ini, sy tak dapat. huhu.

(iv) Nabi Zakaria as [Surah Maryam : 4]

(v) Maryam [Surah Maryam : 18]


7 - Makan buah kurma dari pohon yang berdekatan serta minum air dari anak sungai yang berada di bawah Maryam [Surah Maryam : 23 - 26]

8 - "Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk" [Al-Baqarah : 45]

9 - "Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu esok pagi,” kecuali dengan mengatakan InsyaAllah (jika Allah menghendaki)" [Al-Kahfi : 23 & 24]

10 - "Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa" [Surah Az-Zukhruf : 67]

11 - "Ibrahim sungguh penyantun, lembut hati dan suka kembali (kepada Allah)." [Surah Hud : 75]


Wallahua'lam..

Umairah. said...

nusrah;

subhanallah! semua betul :D oh! yg tak berjawab tu, jawapannya: Nabi Sulaiman. (Sadd:30-33)

tahniah, tiyaa! next kuiz, umy nak buat pasal Rasulullah pulak, insyaAllah. ;)

nusrah said...

Umy, oh alhamdulillah. :)
I will mark the one that I cant answer in my tafseer.

Jazakillah umy! you just give me a new idea in handling usrah. Wanna make a quiz with my lovely mutarabbi ;)

and still, i will wait for the coming up quiz ^^

the saa. said...

salam akak. *nak nangis*

yang bawah2 je tahu sikit2. kak tiya..masyaAllah hebatnya. T_T

Alyaa Ali said...

answer revealed.
tak dapat sambung study dengan akakkk...
eheh...

masyaAllah kak tiya.
you are awesome!
looking forward to take your quiz ;)

nusrah said...

ainum & alyaa :
tsumma hamdan lillah. But beside tafseer, actually it was done with google helps! (kantoi...)

kalian lg hebat dr akak sebenarnya kan? saje je merendah diri tak nak tnjuk power kat sini..

but after all, I think the one who make the quiz is more awesome because I bet she has mastered in this before ask those questions ;) Umy, I adore ur spirit in learning tafseer and tadabbur quran..

Umairah. said...

ainum, alyaa, tiya;

moga Allah redha niat kita semua untuk sentiasa belajar dan lebih dekat dengan Al-Quran, insyaAllah. :')

lagi-lagi, dipermudahkan untuk bukan saja tahu, tapi praktis. amin!

ps: tiya, takde syarat pun nak pakai gugel or tak. apa saja source pun boleh. hahah. usaha mencari tu, yang penting! phewit.

okeh semua, tunggu next kuiz pulak. pasal Rasulullah, insyaAllah ;D