Pages

Monday, December 3, 2012

ilham dari langit yang menyenangkan hati.

bismillah


ibu selalu punya kata paling tepat untuk anaknya. dia tak perlu risau, selagi tangan terus menadah doa, ilham akan terus sampai, beriringan dengan hasrat dan keinginannya. inilah yang kita kata, warisan ilmu terhubung terus dari langit, bukan dari buku. berkat doa ayah-ibu yang power, mashaAllah!

ecewah! berfalsafah sungguh petang ini. 

sebagai contohnya; kebiasaannya, ummi akan tanya 'kata-kata' yang paling tepat untuk beliau bingkiskan ucapan buat teman-temannya. sama ada ucapan hari raya, ucapan tahniah, ucapan hari lahir, atau apa-apa saja ucapan.  dan ummi akan tanya, "ok tak ayat ummi macam ni?" atau, "akak, tolong buat ayat yang sedap kat ummi sat".

ha, begitu!

--

tapi, hari ini lain sikit, luar biasanya! pastinya ucapan ini bukan biasa-biasa, tapi terbitnya berupa ilham dari langit. pilihan kata yang paling tepat dan istimewa (aku rasa), dari jiwa tulus, dan hati mulus seorang ibu di hari kelahiran anaknya yang ke-23. hmm?

ummie
03-Dec-2012 09:30

slmt hr lahir, umie doakan moga pnjg umur, murah rzki, akn brtemu jodoh yg "mnyenangkan hati" dr segala segi dn sntiasa dirahmati Allah, amin..

kalau panjang umur, murah rezeki, itu biasa-biasa kita dengar. tapi, yang "menyenangkan hati" itu, rasanya sangat sungguh menyenangkan hati. sebab, ilmuwan boleh jadi tak menyenangkan hati. hartawan, boleh jadi tak menyenangkan hati. agamawan, boleh jadi tak menyenangkan hati. ke-hensem-anke-stylo-anke-macho-an pun boleh jadi tak menyenangkan hati.

sebab, hanya yang menyenangkan hati, yang akan betul-betul menyenangkan hati. 

terima kasih ummi.
terima kasih, semua!

anda memang sangat menyenangkan hati. moga entri ini menyenangkan hati. dan, moga hati kita juga sentiasa 'disenangkan' Allah Ta'ala.

ameen ya rabbal 'alameen.
:)

--
20121203 / gombak
hujan renyai-renyai
--

10 comments:

-hazen said...

semoga bertemu jodoh yang menyenangkan hati, anda dan umi :)

Alyaa Ali said...

assalamualaikum akak.
wuuu... rindu boleh?

btw, interesting juga akak buat link tu. nnt ajar saya :D

ukasyah shafei . said...

:)

ukasyah shafei . said...

nak jeles boleh tak? hehe

anis said...

Assalamualaikum akak :)

Hari ni hari menginjak usia-kah?

Kalau betul, sanah helwah! Semoga terus dikurniakan kekuatan olehNya untuk menjadi lebih itqan!

Semoga cepat-cepat 'melansungkan' :)

ameen.

Ami Manaf said...

selamat hari lahir umairah.. :)

zahidah said...

Assalamu'alaikum akak. Selamat ulang tahun. Semoga sentiasa di bawah naungan rahmah kasih sayang-Nya. Teruskan menulis dan menginspirasi dengan ilham dari langit ya!

:)

Anonymous said...

salam akak,
hapy belated birthday syg.
nk ameen doa umi,bnyk2!
ameeeeeeeeeeeeeeeeen. hehe.

semoga Allah selalu berkati usia akak n trus tsabat.

luv u fillah <3

~huda~

Faaizz d. Zul said...

salam happy belated birthday!

semoga dimudahkan,
pencarian yg menyenangkan.

;)

Umairah. said...

ergh (=,=)'
ter- remuv replies.

--
hazen
alyaa
adik
anis
ami
zahidah
huda
faaizz;

jazakumullahhu
khayran
katheera!

:)