Pages

Tuesday, November 6, 2012

hitam putih 1433h;

#kitaitu
indah 
kerja aku; kumpulkan tinta bumi, jadi satu dan nikmatkan sebelum mata pejam, saban malam. rasanya larut, 'indah'; kata aku. 
kerja kau; kumpulkan tinta bumi, jadi satu dan nikmatkan sebelum mata pejam, saban malam. rasanya larut, 'indah', kata kau.  
cuma, aku lihat kau lekapkan ke dada; yang hijau itu sebelum mata pejam. bila aku tanya, "kenapa?"
"yang ini, adalah tinta Pencipta -pada ilham yang kita kumpul-kumpulkan menyatu indah, tadi. aku cuma mahu usaha merasakan keindahannya seperti apa, dengan rentak dan cara aku tersendiri, kawan." 
kau 
bila kau tanya;
"siapa kau dalam
puisi kau, yang aku
bacakan tadi" 
aku cuma jawab;
"kau dalam puisi kau
yang kau bacakan
tadi, adalah -kau" 
dan kau
pun, senyum
bacakan kau
lagi sekali 
masih membaca?
kaulah, kau!
kita (i) 
di permusafiran dahaga,
tekak kering aku,
dan kau yang basah
kita (ii)
aku cari sempurna;
tak aku temukan
melainkan dalam kurangnya aku
dan lebihnya kau, lebihnya aku
dan kurangnya kau, sebab sempurna
itu, adalah -kita
-- 
#perempuanitu
ukhti 
jadilah engkau ukhti yang lembut, terbuka, tapi berprinsip
kitab 
di satu ketika, aku tampak dia
memegang membelek
satu kitab tebal, beratus laman
judulnya -"Perempuan". 
aku senyum
sebab penulisnya -aku. 
keh keh (mimpi!)
separuh 
untuk jiwa yang separuh, gagal
dan separuh lulus, mata-mata sering
tembus; keji, hina pada yang pertama 
tapi, untuk Kau; yang pertama
aku telah mencuba, dan kedua
aku masih akan mencuba 
Allah, kau sedang pandang aku kan?
-- 
#manusiamanusiaitu 
dosa 
kadang-kadang, dosa yang membawa hinanya diri
lebih mengasuh kita tentang rendahnya hati.
berdosa, manusia biasa = biasa
tapi jangan lama-lama, bimbang terbiasa.
rohingya

rohingya; takut, debar, mati, darah, kejam, keji, marah, dendam, kecut. itu semua ada alam jiwa manusia. dan rohingya, bagaimana kau melaluinya macam dalam drama, mimpi bahkan lebih? jihad juang kita tak pernah sama, tak akan pernah sama.

Allah, selamatkan mereka, dan bantu aku, menjadi hamba, membina manusia-
makna 
ada beza orang yang hidup dengan jasad Muslim, dan orang yang hidup dengan nafas Islam. ada beza orang yang hidup dengan tahu Islam, dan orang yang hidup dengan faham Islam.
satu; pemaknaan.
-- 
#entahlahitu
hutang 
"kan best kalau ada widget 'akaun hutang'. boleh tampal kat sidebar blog. hahah."
kena tau
"kita kena pilih mana value yang kita mau ada.
bukan, wajib ada.
kita kena tentukan.
kita kena. kena tau"
tau tak tau
"aku tau, kau tau
dan kau tau, aku tau
cuma entah, tak tau"
blog orang 
"bila baca blog orang, satu entri ke entri, perkara pertama yang termunculkan adalah; "apa cerita sebenar di sebalik entri?" sebab, tak semua entri satu lapis. ada jenis yang berlapis-lapis. blogger mungkin lebih faham"
he he he
mengantuk

"oh, terawih sedikit kemengantukan"
cakap-cakap
"ya Allah, rasa jauh sangat bila hati kurang bercakap-cakap dengan-Mu"
oh Allah
"lepaskan segalanya yang milikMu
yang kumau cuma pandanganMu"
kalau dah suka tu,
"..titik, koma, tanda seru pun bagi makna. hmm?"
cinta pagi uiam
"cahaya pagi menyimbah masuk
dan menyapu seluruh wajah;
-nikmat!"
pilih 
"sampai masanya, kita harus memilih"
genggam 
"genggam aku dalam cengkamanMu"
lawak

"sebenarnya, hati kita sedang buat lawak waktu kita bersedih (tanpa sebab), jadi ketawalah dan bergembiralah untuk lawak hati; "sedih-tanpa-sebab" itu. 
moga kita begembira dengan lawaknya, dan tak sedih tanpa sebab lagi. betapa lucunya kita untuk emo tak bersebab, bukan?"
hah hah ha
diamkan saja 
"diamkan saja untuk hal yang kita masih tak tahu
sama ada kita akan prasangka,
fitnah, atau bercakap hal yang tak benar"
takut dan tak percaya 
"kita sebenarnya takut dengan takdir
atau hakikatnya kita tak percaya Dia?
jujur, beritahu aku"
 -- 
#murabbitu
kuat 
halaqah yang baik, ialah halaqah yang mampu membangunkan jiwa dari dalam, menggugah keazaman individu, dan menggerakkan momentum perubahan sedikit demi sedikit! 
di kala orang 'meminta' kekuatan dari cinta, aku mungkin mengemis 'kekuatan' untuk mencintai 
tolong, tolong kejap-kejapkan cinta ini
takut 
adakah baik menjadi murabbi yang 'disegani' mutarabbi, hingga alasan-alasan menyinggah bibir mutarabbi?

atau baiknya menjadi murabbi yang 'disegani' mutarabbi, hingga penjelasan-penjelasan menyinggah bibir mutarabbi?

aku mahu jadi sesuatu yang tak kau takutkan, tak kau resahkan, tak kau selindungkan, biar apapun alasan atau penjelasan yang bakal kau hamparkan, cukuplah satu; jujur denganku, dan ayuh kita hitungkan bersama-
mesin basuh 
makcik cakap, jalan dakwah penuh dengan duri. jadi, nak taknak daie kena hati-hati. sama ada dia persiapkan kasut tebal untuk dipakai, atau cari penyapu, sapu siap-siap duri sebelum dia jalan.
dengar makcik cakap rasa macam ada mesin basuh dalam hati. tengah rinsewash dan spin. keluar, hati 'bersih'
hmm 
idola 
"ada banyak lagi orang yang boleh kita buat idola.
idola yang tak banyak cakap, tapi berbuat.
idola yang tak banyak tulis, tapi beramal"
-- 
eh, terpanjang pulak #random

9 comments:

Alyaa Ali said...

assalamualaikum akak

masyaAllah. :')

-
adakah baik menjadi murabbi yang 'disegani' mutarabbi, hingga alasan-alasan menyinggah bibir mutarabbi?

atau baiknya menjadi murabbi yang 'disegani' mutarabbi, hingga penjelasan-penjelasan menyinggah bibir mutarabbi?
-

akak, semoga yang menjelaskan itu lebih banyak, dan saya termasuk juga.
semoga Allah redha pada akak, yang berusaha membalikkan tiap kesyukuran, praise (tak dapat fikir perkataan melayu -.- ) dan kebergantungan,
hanya untuk Dia. :')

saya suka
sebab pada setiap ayat buat saya berfikir
dan tidak semua memberi pemahaman yang sama pada pembaca
rasa macam nak mengungkai segala maksud secara langsung, lagi
seumpama membedah blog akak.
insyaAllah nanti! waktu kita duduk berhadapan bersama, buka laptop dan saya sampaikan apa yang saya fahami. ^^

alamak terpanjang pulak :p

looking forward to own your own book!; 'perempuan'
hwaiting!^^
nanti kita bisa bekerjasama untuk 'publish'kan ;)
cukup sebagai pengenalan buat akhawat uia dan ansar.
lalu berkembang ke seluruh kedai buku. wah!
berangan lagi ;)
insyaAllah akak

Umairah. said...

alyaa;

senyum sorang-sorang baca komen alyaa. eh, bukan komen. dah jadi entri tu :P

"..seumpama membedah blog akak.
insyaAllah nanti! waktu kita duduk berhadapan bersama, buka laptop dan saya sampaikan apa yang saya fahami.."

ops, jangan dilupa. dengan secawan hot choc panas juga, dan roti supper!

itu hasil rambles, randoms, rants je la alyaa. tak sama macam akh salim. tak sama! tak akan pernah sama. #eh

Alyaa Ali said...

adakah patut saya buat entry baru untuk comment blog akak? ahah! :D

oh hot choc itu perlu! dan radix juga.
atau akak nak kopi kacip fatimah? oopsss :p

Allahu akak,
kejadian manusia itu sendiri tidak serupa
bagaimana boleh punya penulisan yang sama
dan pada kelainan itu buat setiap manusia unik
untuk akak, tulisan yang penuh dengan 'deep structure' (wah, ini tajuk presentation saya hari ini. applied dah ni :p )

sekurang-kurangnya akak dah punya cara penulisan sendiri
yang tidak siapa punya sama
itu kan lebih unik!

'makna keabadian karya bukan hanya soal masyhurnya nama; ia soal perwarisan nilai'

baru tadi saya hadam kertas sisipan waktu bengkel tempoh hari.
menyentap setiap pelusuk jiwa, hati, raga, semuanya!

oh. entry baru lagi :p

semoga kita bisa cari diri, dalam penulisan. insyaAllah

love you akhwati fillah ;)

Alyaa Ali said...

tiba-tiba berfikir
asal kejadian kita tidak sama kan
kerana ibu bapa juga berbeza
lalu yang terhasil pasti jauh beza
hmmm...

entah kenapa komen lagi. heh -.-

Anonymous said...

blog orang

"bila baca blog orang, satu entri ke entri, perkara pertama yang termunculkan adalah; "apa cerita sebenar di sebalik entri?" sebab, tak semua entri satu lapis. ada jenis yang berlapis-lapis. blogger mungkin lebih faham"

he he he


:)
tapi kadang lebih baik aku hanya tahu cerita entri itu daripada aku tahu sebab apa entri itu ditulis. Hm.

~jamilah

nusrah said...

haha, honestly umy, I truly understand when you said about "entri berlapis-lapis".

Sebab most of my entry, ada lapisan kedua dan ketiga.. :D

hmm, i cant wait to have ur 'perempuan' book. insyaAllah, soon. ;)

nurul said...

"Allah, kau sedang pandang aku kan?"

:') i love this. moga DIA sedang pandang dan terus limpahkan kita dgn kasih sayangNYA.

Jamilah Mohd Norddin said...

di satu ketika, aku tampak dia
memegang membelek
satu kitab tebal, beratus laman
judulnya -"Perempuan".

aku senyum
sebab penulisnya -aku.

(ini masa yang saya nantikan. Macam masanya makin hampir. smeoga)

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

salam. kak umy.

syukran murobbiah :')