Pages

Monday, November 12, 2012

22:03.

bismillah

dari taqdim (presentation) sebelum-sebelumnya, terperasan ada tiga jenis ucapan yang keluar dari mulut ustaz. sama ada "syukran lak", "ahsanta/i" atau "barokallahhufeek"

jujur, saya betul-betul mengharapkan dan menantikan yang ketiga. sebab, ucapan ketiga itu sepertinya terkhusus untuk taqdim yang bagus. 

erm, walaupun dalam hati menidakkan.
sebab macam, -mustahil.

--



taqdim hari ini serba-serbi cacatnya, lafaz arab yang tidak lancar, kosa kata yang berterabur tatabahasa, malah berkali-kali juga tersangkut-terkelu-terdiam mencari perkataan.

tapi, dalam kecacatan, mungkin situasi hari ini adalah situasi Musa A.S yang Allah lancarkan kata-katanya. atau mungkin saat ini adalah saatnya Hajar dan Ismail A.S, yang Allah campakkan kecenderungan hati, di hati-hati manusia. atau mungkin seperti kisah Ayyub A.S yang usahanya cuma sedikit; menghentak kaki ke dalam air, namun penyakitnya sembuh, hasil berkat kasih sayang Allah yang Maha Tinggi. atau mungkin, dari berkah doa soleh solehahnya manusia-manusia sekeliling.

rasa macam tulisan yang ini tercetak jadi realiti. kerja-kerja menterjemah sesungguhnya banyak mengajar diri menterjemah 'kata' sendiri kepada 'amal'.

dalam usaha yang cuma entah berapa peratusnya, dan itqan yang entah seberapa banyak hitungannya, "barokallahhufeeki" ustaz tadi, walau cuma sepatah kata, benar-benar buat hati haru, melafaz syukur!

alhamdulillah!
terima kasih Allah.

--

untuk hijrah 1434;

mahu lebih itqan. dan sesungguhnya itqan sangatlah mencabar dan sukar ditanam dalam jiwa jenis manusia 'bebas'; yang cuma bersungguh buat "kerja-kerja" yang dia suka, dan cuma bersungguh buat kerja "bila-bila" yang dia suka. Allahhu!

sebab mukmin itu, kata ustaz pahrol; cemerlangnya dari tiga aspek utama;

pertama, hubungannya dengan Allah Ta'ala (taqwa).
kedua, hubungannya dengan manusia (akhlak).
ketiga, hubungannya dengan tugas atau kerja (itqan).

ya Allah, mudahkanlah hijrah ini.
ameen.

--

Jazakillahhu Khayral Jaza',
Sayyidah Sanaa' Ali Hamzah 

--

2 comments:

jue said...

ameen, doakan sy juga ye =)

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

salam kak umy sayanggg :D

ahad lepas kitorang usrah tajuk itqan..huhu.. refer y ustaz pahrol juoi gak.