Pages

Tuesday, October 16, 2012

di ribaan -Mu.

momen menghempas tubuh ke sejadah,
saatnya sesudah doa, dalam nafas yang sesak,
dalam mata yang pedih, hangat,
sebelum menganak,
-banjir!

tapi, untuk lemasnya hati
kerana banjir yang ini,
nikmat ya Allah,
nikmat!

rasa di riba -Mu
rasa dipeluk -Mu.

--

satu hari lepas Subuh, adik pernah cakap;
"akak, tidoq atas sejadah, pakai telekung, best kan?"

(lalu dia pun baring atas sejadah, masih bertelekung, dan.. zZzZz)

--

moga tidur kita nanti, best macam ini juga.
moga-moga, dik.

moga-moga,
ameen.

4 comments:

nadia rusli said...

subhanallah! umy, ftn pun suka bertelekung. rasa mcm cukup2 selesa, kadang rasa nak bertelekung je sepanjang hari..hehe

Umairah. said...

fatin;

subhanallah, sbgmn rs tenang & nikmatnya di dunia, mg Allah 'tidur'kan kita, 'jemput' kita dlm keadaan bertelekung, dan hati yg terhijab jugak, amin3.

:)

ukasyah shafei . said...

is that meeee ? hehe . ke adik lain ? :P

Umairah. said...

adik;

akak takdak adik laen yg kuat tidoq. ammar exceptional sbb tak pakai telekung

muahaha