Pages

Saturday, October 6, 2012

aku benar-benar mahu tahu.

bismillah

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu? 

untuk ma'iz yang sampai sanggup datang kepadamu, akur perzinaannya, pinta direjamkan, dan taubatnya mampu mencukupkan dosa seluruh penduduk Madinah?

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu? 

untuk seorang tua yang sampai sanggup datang kepadamu, mengakui jima' dia dan isterinya dalam ramadhan, dan kau tenang ketawa menampakkan gigi, kerana setelah dihitung-hitung, dialah lelaki terfakir yang layak menerima kurma (kaffarah), meski atas dosanya sendiri?

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu?

untuk tsabit bin qais yang berlari-lari lantaran terasa (al-hujurat:2) 'mengejeknya' kerana suaranya yang lantang dan keras? lalu kau bahkan memujuk; "tidak, sesungguhnya engkau dicintai Allah dan rasulNya!"

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu?

untuk seorang pemuda yang sampai sanggup datang kepadamu, jujur sekali menyuarakan hasrat hatinya, sedang itu adalah gelojak syahwat, dan keinginan nafsu untuk berzina? dan kau bahkan mendengarnya dengan paling mafhum dan tenang, lalu mengajaknya kembali kepada Allah dengan tulus dan hikmah?

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu?

untuk ka'ab bin malik yang sampai menepis tawaran raja ghassan, dan tetap menunggu-nunggu palingan wajahmu kembali mengukir senyum padanya. setelah lima puluh hari berlalu, taubatnya langsung diterima, dan saat memandang wajahmu bersinar-sinar, itulah hari terindah baginya sejak dilahirkan sang ibu!

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu?

untuk kesediaan abu ubaidah yang tak mampu melukaimu dengan tangannya sendiri? maka dia dengan perlahan-lahan, menggigit mata rantai baju besi yang mengena pipimu, lalu akhirnya dua giginya tertanggal?

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu? 

untuk tulusnya as-siddiq yang mempercayaimu sepenuh-penuh hatinya, saat semua menuduhmu gila? untuk al-khattab lelaki tegar, yang menangkap tubuhmu erat, menuturkan syahadahnya? untuk mus'ab yang dadanya disentuh tanganmu, saat jiwanya tak tertahan-tahan; berkobar mendengar lantunan lembut katamu?

aku benar-benar mahu tahu, lagak apakah peribadimu?

untuk perempuan kafir yang menghinamu, kau gumpal-gumpalkan gandum sehingga kecil, lalu disuapkan makan dengan jarimu? untuk perempuan kafir; pelempar najis, yang terlantar sakit, kau ziarahi? untuk kanak-kanak yang lalu lalang, kau hulurkan salam, cium, dan usap kepalanya? untuk khutbah wida' yang kau khususkan wanita di dalamnya, dengan penuh terkasih, terlembut dan cinta terdalam? untuk ummati, ummati, ummati yang kau ulang sebut di pengakhiran hidupmu?

-- 

sungguh, apa yang mereka sibuk-sibuk perkatakan tentangmu
takkan satupun memadamkan yang benar-benar tentangmu!

Allah, bantu aku mencintainya setulus hati, sabar mewariskan akhlaknya dalam diri, meneguh-utuhkannya dalam peribadi, hingga dunia, kan indah terwarna lagi. 

ameen ameen ameen.



صلى الله على سيدنا محمد 
وعلى آله وصحبه وسلم


7 comments:

nusrah said...

umyyyyyyy...

*kesat air mata*

nurul said...

i love this :')

-hazen said...

sollu 'alannabi

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

ya Allah... akakkk..

you make me miss him damn much.. AllahuRabbi.. T___T

I just remembered a song from Dawud Whansby Ali, Don't Talk to Me About Muhammad.

Umairah. said...

nusrah, nurul, hazen, ainum;

moga Rasulullah SAW sedang 'menyaksikan' rindu kita dari jauh, dan Allah sedang 'menaburkan' pahala buat setiap tutur selawat, setiap air mata, dan setiap usaha untuk kita mengganda cinta & rindu buat Baginda.

ameen3 ya Rabb.

Anonymous said...

Rindu Rasulullah T__T

Athirah Yoona said...

akak..kenapa buat saya rasa nak menangis?
allah..rindunya T_T