Pages

Monday, October 22, 2012

22:27.

bismillah

kalaulah ditakdirkan jadi cikgu dan yang sewaktu dengannya. 
KA. LAUecewah.

[ #20++ ]

"ibu tengah buat apa?" 
"kira markah, sayang" 
"ibu yang bagi markah?" 
"ya. kalau banyak betul, tinggilah markahnya. kalau banyak salah, kuranglah markahnya". 
dia diam, berkira-kira.
"ibu rasa-rasa kan, berapa markah abang hari ini? malaikat 'atid akan bagi berapa, malaikat raqib pula akan bagi berapa?
--

dari dialog yang entah dari mana ini, hati berkata-kata tentang;

#kesyumulan islam dalam diri  (al-baqarah : 208)

indahnya kalau mampu mendidik, mendidik dan mendidik diri, hinggalah ter- sibghah peribadi rabbani (al-baqarah : 138). akhir-akhirnya, diri cuma bernafas dengan roh Islam; kata-kata, tingkah laku, cara fikir, cara pandang, akhlak, setiap masa dan ketika. dan lebih baik, sedikit ataupun banyak, peribadi rabbani yang tadi terwarna pada insan sekeliling (keluarga, sahabat, dan lain-lain).

sebabnya, bab ilmu boleh sesiapa saja 'berlagak' tahu. sesiapa pun boleh duduk dan tulis (macam saya) sekarang ini. sesiapa saja pun boleh bercakap tentangnya. 

tapi yang mencorakkan dan menterjemahkan ad-deen, hakikatnya akhlak. akhlaklah, output -nya. tapi ya, apapun bermula dari diri sendiri waktu sekarang. peribadi mana boleh bentuk dalam sehari, beb!

hmm, dialog tadi jauh.
masih sangatlah jauh!

--

#proses reaksi dan refleksi

"penumpuan yang berlebihan dan keterlaluan untuk skor a menyebabkan pelajar tiada masa untuk proses reaksi dan refleksi. inilah penyebab pelajar sekarang tidak petah berkomunikasi dan tidak cerdas berfikir". -milenia muslim, isu september, hlmn. 22

kesannya, 1+1, selalu akan jadi 2. lebih menyedihkan, agama terpisah jauh dari hidup. ad-deen bukan cara hidup. cuma-cuma retorika ibadah; solat, puasa, zakat semata-mata. adik-adik belajar agama pun tidak mahu, bosan katanya. sebab Islam yang dia belajar, cuma sebatas hukum-hakam untuk dihafal. tak ternampak hubungannya dengan diri sendiri.

pernah tak, kadang-kadang rasa macam ilmu dalam kelas sangat 'kering'? dan, err bosan? sedangkan, Islam punya semua cabang ilmu. dan bukankah Islam itu, hakikatnya agama yang 'basah', mampu berinteraksi dengan fitrah manusiawi; roh, jasad dan akal? (ar-rum : 30)

malangnya, kadang-kadang diri sendiri pun tak termampu, membasahkan jiwa sendiri. "obses akademik", mungkin.

hmm, dialog tadi jauh.
masih sangatlah jauh!

--

[ #2012 ]

"akak dah habis kira?"
"sat sat. sikit lagi"

berangan bercita-cita lebih, haish ameen!


--

satu hari, pernah terbaca keperibadian ayah hassan al-banna, dalam buku 'hisbah', tulisan badr abdurrazaq. tergambar, betapa telitinya beliau memeta peribadi anaknya. malah, sebelum bernikah lagi beliau telah berbuat demikian. subhanallah!

teringat waktu daurah (konferens riang) dulu, kak asma' pernah berkongsi;

"orang yang berjiwa kecil, fikirannya akan tertumpu pada masalah diri sendiri. orang yang jiwanya sederhana, akan tertumpu pada hal-hal diri sendiri dan masyarakat. tapi, orang yang jiwanya besar, fikirannya akan menumpu pada hal dan isu ummah". 

Allahhu!

moga Allah sabarkan hati, rendahkan jiwa, untuk belajar lebih banyak. moga awak juga, dan kita sama-sama hijrah yang lebih baik, insyaAllah.

ameen.

#random

5 comments:

nusrah said...

hukkkkkk :'(
umy.. jazakillah, for everything!

ismi syahida said...

Erk.meh tolong akak kira kira markah jugak? Eh

Btw. Kata kata k.asma' tu, macam masih terngiang jugak dekat sini. ;)

Umairah. said...

tiya;
kita sama-sama belajar, wokey? ;)

kak syida;
ops, lupa. kita ada cikgu berkaliber di situ. hehe. kirim salam rindu kat kak asma'. heh

anis said...

Saya setuju bab pendidikan kat sekolah tu. Rasanya perlu ditambah agenda ruhiyy supaya Islam dan pendidikan tu terkait, dan nampak kaitan dgn diri kita sndiri. Barulah nampak proses belajar itu kerana 'apa'. my only 2 cents :)

part yg last tu, selalu terkesan dan terfikir-fikir bila nak update status FB :D

Allah.

Umairah. said...

anis;

sebab tak ada di luar, jadi moga kita dapat mewujudkan di rumah kita, satu hari nanti, insyaAllah!

(tapi, yg akak tahu khalifah method school ada semua ini, cuma yurannya, err. hehe)

atau tak pun, kita bermimpi untuk mewujudkannya satu hari nanti, ameen3.

:D