Pages

Friday, October 19, 2012

14:29.

semalam semalam, walid masuk duit.
hari ini, walid masuk duit lagi.

rasa macam, duit mengalir dengan sangat cepat. tapi, rasa macam perbelanjaan semuanya atas keperluan, bukan kehendak lagi. tertabur bukan untuk hal-hal yang tak selayaknya. hmm.

tapi, untuk respon walid yang cepat, rasa macam belajar sesuatu. 

kali ini, setiap kali walid mesej; "walid dah bank in sekian dan sekian", paling kurang pun, balas panjang sikit; "terima kasih. moga Allah gantikan yang lebih baik di Syurga", ataupun "moga Allah rahmati walid".

bila mula membalas macam ini, rasa sedih haru pun ada. walaupun mulanya, macam malu sikit sebab tak pernah buat. tarbiyyah banyak sungguh mengajar dan membentuk peribadi, Allahu! (terima kasih, Allah!)

tapi bila yang terucap adalah macam ini, semacam satu doa dari hati. pohon Allah segera kabulkan, supaya respon walid yang cepat tadi pun, malaikat akan merespon dengan cepat, dan mencatat dalam buku amal.

dan, moga Allah akan merespon dengan cepat, saatnya nanti kaki walid dan ummi, akan melangkah ke Syurga. amin!

--

bila respon macam ini, paling kurang, semacam satu dorongan dan sokongan, untuk ibu ayah lebih bekerja keras kerana Allah Ta'ala. bukan kerana harta mewah dunia, insyaAllah. tekanan bekerja, perlahan-lahan akan kendur, dan lebih gembira untuk beramal, bukan kerana bos, tapi kerana Allah. indah, bila semua tersalur kerana Allah, sebab jual beli ini tidak akan pernah rugi. 

ya Allah, jadikan kami anak yang soleh dan solehah, ibu ayah yang soleh solehah, dan untuk kami, anak yang soleh dan solehah.

amin!

cc: adik-adik :)

#random

4 comments:

tumpangteduh said...

terharu kan,kasih tak bertepi yang dicurah bila kita sedar kita takkan mampu membalasnya,hanya harapan dari jauh semoga doa doa kita untuk mereka didengar penduduk langit :)

ukasyah shafei . said...

:)

V. said...

akak,
ayah kita pun dua kali bank in duit for this week.

sangat terharu...
:'(

Umairah. said...

tumpangteduh;
insyaAllah, sama2 berusaha jd anak yg solehah supaya doa kita tak terhijab. :)

adik;
ilebiu (tetiba)
wahah! ;)

V;
kita doakan, yg dua kali tu, Allah akan gandakan berkali2. plg pntg, kita gunakan duit tu utk jln Allah; belajar, etc. jd, ayah kita takkan pernah rugi, kan?

insyaAllah. :D
salam kenal, adik!