Pages

Sunday, September 16, 2012

suami, dan air mata kali pertama.

1509; pertama kali tengok akad nikah depan mata. pertama kali tengok riak wajah pengantin perempuan tenang. dan pertama kali melihat air mata pengantin lelaki yang jatuh, haru.  
kali pertama, sesudah menyambut, mencium tangan, dan merangkul erat, ayah-ibunya sendiri.   
kali kedua, sesudah menadah tangan, selepas rakaat-rakaat, dan seusainya tangan berjabat; utuh, menanggung amanah baru. 
syukur, bahagia-  
mabruk kak dihah & suami! 
-penang.
-- 
 
 (pink; tok)
--
betapa hidup kita antara senggang kronologi; 
bayi - kanak-kanak - remaja - dewasa - tua
sekolah - universiti - kerja - kahwin - ber-anak - ber-cucu. 
tapi, sepertinya terasa sungguh kosong, bukan? kalau kronologi kita, cuma-cuma suatu aturan hidup, tanpa pemaknaan sebenar yang membawa ke negeri abadi?
bila pula mahu aku mula bertanya; "siapa aku? dan duhai aku, apa matlamat hidupmu?"
hmm-

5 comments:

anis said...

Akak, bila lagi? :)

the fikirman said...

kisah yg indah , inshaALLAh.

Umairah. said...

anis;
doakan untuk akak, anis. lambat atau cepat, pada waktu & masa yang Allah takdirkan sesuai & tepat, insyaAllah. untuk anis jugak! ;)

the fikirman,
jazakallah, ameen.

wanizakaria said...

begitulh aturan hidup kn kak :)
sy doakn akk. :)

Umairah. said...

wani;
untuk wani jugak, insyaAllah.
jzkk. :)