Pages

Sunday, September 23, 2012

"no thinking - that comes later. you must write your first draft with your heart. you rewrite with your head. the first key to writing is... to write, not to think!" -finding forrester

ok, aku cuba
bismillah 
-- 

"cakap" 
dalam diam pun, sebenarnya kita bercakap.

cakap dengan diri sendiri.  
tentang hidup. tentang orang sekeliling kita. tentang apa yang kita lihat. kita dengar. kita baca. kita cakap. kita tulis. kita bercakap dengan diri kita, tentang hal-hal yang paling mendominasi akal hati jasad, kita.  
tak percaya? 
cuba dengar suara akal kita, suara hati kita, suara jiwa kita, suara-suara yang diam tapi lantang dalam diri, terutamanya ketika solat. 
kenapa solat? sebab waktu itu, kita diam tak berbuat apa. apa yang terfokus, itulah yang kita sedang fikirkan secara hakikatnya. 
dan sungguh, aku penat bila yang dicakapkan hati akal jasad aku cuma tentang dunia. 
patutlah, bila 'al-quran' lah yang kita pegang kita baca kita dengar kita lihat selalu dan selalu, yang itulah juga akan mendominasi akal hati jiwa jasad kita. meski dalam solat. 
tak begitu? 
bila aku begitu, aku cuma mahu senyap, cari masa ruang peluang, melagukan al-Quran, -sekejap. memenuhkan dadaku dengan roh Al-Quran. 
aku tak mau apa-apa, aku cuma mau bernafas denganNya. cuma itu.
-- 

"jujur"
adik pernah satu hari cakap, ummi cakap dekat dia; "akak orang yang perahsia".  
serius? walaupun diri sebenarnya rasa macam ummilah orang pertama (selepas adik) yang selalu tahu segalanya; A sampai Z.  
adik pun pernah cakap, "akak macam lelaki. cakap ringkas dan pendek, malas explain".  
balik ke 'kampung' sendiri, rasa macam balik mengenal diri. kadang, ada banyak benda yang aku tak setuju. tapi, orang cakap, ada masanya kita harus diam. ruang untuk kita fikir, dan muhasabah, "siapa kita sebenarnya?", "apa sifat kita?", baik buruk, luar dalam, dan semuanya.   
kali ini aku belajar; jangan lekas membantah, walau kita adalah tertuduh yang dibuat secara melulu. boleh jadi, orang lebih tahu, bahawa ada hal dalam diri yang kita tak pernah tahu.   
mungkinlah betul. sebab itulah mungkin, tiap-tiap hari menulis, supaya ada benda yang terluah secara tersusun. macam dalam filem 'cinta vlog', adha (watak lakonan) cakap (yang aku tengok cuma part tak jadi, dari akaun mukabuku zahiril adzim sebulan yang lalu); kata dia, -adha;  
"awak jarang bercakap banyak, tapi, kalau cakap tulis, jujur dari hati".  
fuu. serius?
--
(ini cubaan menulis tanpa berfikir panjang).
ps: tenkiu 'tidak best' perkenalkan video finding forrester.

5 comments:

sya-hi-da said...

err.

nak try buat jugaklahhh. aha :p

-hazen said...

er, saya cuba tak jadi pun.

apa rahsianya? :D

Jamilah Mohd Norddin said...

umy memang selalu tulis dari hati kan? :)

iremi nisces said...

Asalamu alaikum.

JazakAllah khair for your time.

Take Care.

p.s Have you heard of Hajj Qiraan.

Umairah. said...

kak syida;
sila sila :D

hazen;
tips? er
jangan fikir 'tak jadi', nanti 'jadi' lah. heh

jamilah;
tak jugak :)
mungkin jamilah yg sellau baca dari hati

iremi;
may Allah bless u sister!
jazakillah