Pages

Monday, September 17, 2012

21:05.

berangin. cuaca mendung. hampir hujan. luar surau di R&R ulu bernam tadi, ramai orang; sesak. 

di depan saya, tiba-tiba melintas lalu sepasang suami isteri di bawah pokok kelapa yang tak serendang mana. saya cuma terperasankan si isteri, dan dia, (moga Allah lorongkan dan permudahkan hidayah) tak bertudung. 

elok dia melintas lalu melepasi pokok kelapa tadi, pelepah jatuh. entah dia terperasan atau tidak, tapi saya yang terpandang, betul-betul rasa macam Allah sedang melindungi dia, memelihara dia. 

momen yang pendek, sekejap, seminit dua itu buat saya rasa;
"Allah itu, sungguh dan sangat Maha Penyayang".

--

cuma mungkin, bila kita tak selalu rasa dipeluk cintaNya,
maka kurang rasa syukur yang menuntun cinta kita kepadaNya.

erm.
jujur, aku pun.


______
"dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya".
(al-an'am: 59)

2 comments:

SaddLone said...

em..em kita tengok dia then kita tengok kita balik..bnyknya nimat Dia yang kita guna pakai.

Umairah. said...

saddlone;
sisi pandang yang lain.
dalam. tenkiu! ;)