Pages

Friday, July 6, 2012

(terdiam lama, fikir tajuk entri)

(tapi akhirnya, aku putuskan untuk publish saja, sekadar -nya)

--

bismillah

semalam, tak sempat pergi talk heroes, sebab ada hal lain. rasa rugi yang amat. tapi, balik bilik, alhamdulillah anis ada kongsi sikit.

kata anis;

"kakak, khadijah r.a, wanita yang sangat hebat. dia ada identiti tersendiri. dia tak terikut-ikut culture. dia tak jalan-jalan seperti wanita yang kebiasaannya di pasar-pasar. dia tak memilih lelaki sembarangan, meski dipinang oleh ramai golongan bangsawan. dia bangunkan peribadi sendiri, tak menunggu atau tertunggu-tunggu untuk diubah. malah, sebelum dan selepas perkahwinan dia dengan Rasulullah, dia adalah dia, sebab itulah dia tak menunggu untuk menerima, malah dia sesungguhnya terlebih dulu banyak memberi."

"kakak tak tertanya-tanya, macam mana wanita ini boleh jadi kecintaan Rasulullah, meski selepas pemergian dia? kakak tak tertanya-tanya macam mana wanita ini boleh mendatangkan cinta yang cukup dalam di hati Rasulullah? kakak tak tertanya-tanya, macam mana hebatnya wanita ini hingga mendapat salam dari Allah?"

"anis, akak masih belum habis tertanya-tanya bab menemukan "identiti" diri. atau mungkin sebenarnya akak selama ini salah; bukan menemukan, tapi patutnya membina identiti?"

hmm.

dan terbelahlah yang di atas, terkoyak luas
memburai hujan ke bumi, menangkap doa ke langit

"ya Allah, jadikan aku perempuan yang ada identiti, beracuankan -Mu".
(al-baqarah:138)

-hujan petang, gombak 
 
____
"bila Allah mengilhamkan kita untuk berdoa, hakikatnya Allah berniat untuk memakbulkan" -ustaz pahrol

page; heroes

5 comments:

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

subhanallah..
sungguh kak. seharusnya jadi perempuan itu harus beridentiti.

Anonymous said...

Anis : Kak umairy, u are very dear to my heart. Allah has put so much love in my heart for you, Alhamdulilah :) Mari pita bina identity inshaallah

Umairah. said...

ainum;
doakan akak :')

anis;
i'm so blessed to have you in my life. alhamdulillah! :'(

anis said...

woah, dpt banyak cerita dan recommendations to join Heroes : Asiya next week, insyaAllah! =)

Umairah. said...

anis:
jom? :)