Pages

Friday, July 13, 2012

patutkah entri ini, saya namakan, "lelaki - lelaki?"

#lelaki pertama

turun dari bas semalam, otot kejang berlapis-lapis. berganda dari kebiasaannya. sebab semalam, tak ada single seat, jadi terpaksa juga beli double seat. oh, apa kaitan? sesungguhnya ada, kawan-kawan!

mulanya, saya berbahagia sekali duduk sendirian sambil kunyah jambu batu. tiba-tiba, datang seorang lelaki, duduk di sebelah. kunyahan terus jadi lambat, saya tiba-tiba jadi kaku, tak pandai bereaksi. makanya, dari awal hingga akhir perjalanan, saya hanya pandang kanan. saat bas berhenti, dan lampu terpasang dengan automatiknya, saya buka buku (ahah!). berhikmah juga, sebenarnya. terkhatam juga dua bab, dari buku; "berguru kepada sahabat Nabi". paling kurang pun, cuma kerling telefon, sambil picit-picit huruf, masuk drafts.

tapi, dalam banyak-banyak fasa bergelap itu, saya paling suka satu momen. kamera saya tentu memfokus pada perang lampu jalan, siluet laki tua baju lusuh, dan sedut asap rokok di bawah jambatan. tapi saya mana ada kamera canggih. jadi, retina mata pun cukuplah, merakam dan merefleks; hidup kita itu punya tujuan. kalau tak jelas di dunia, yang akhir itu juga, pasti kabur. hmm, sebenarnya -menginsafkan. oh, ini fasa ketika sedang bergelap di lampu isyarat, berhampiran papan tanda; "Bagan Dalam". 

#lelaki kedua

rasa-rasanya dia tak pandang saya langsung; walau sekilas. waktu mahu membayar atas perkhidmatan menyimpan beg, saya pandang dia dan bertanya; "berapa ya?" kata dia, dengan masih tak memandang; "bagilah berapa pun, sedekah".

#lelaki ketiga

ini ayah (serasa saya -lah) kepada lelaki yang tak memandang tadi. 
"nah, pakcik bagi. ada orang buat tahlil tadi."

dalam plastik, ada sebungkus polistrin yang entah apa isinya, dan sebotol air mineral.
saya tahu, Allah Maha Tahu saya sedang sangat lapar, oh!

#lelaki keempat

dia yang bila-bila pun, available menjemput pergi balik dari, atau ke stesen bas. tadi, walid sampai hampir pukul dua setengah pagi. kesian, kan? anak dia suka sungguh balik rumah ketika waktu-waktu mencabar (ergh)

moga lelap yang aku hutang, akan Dia langsaikan dengan mata yang hidup, di Syurga, ameen. ameen juga, untuk lelaki-lelaki yang selalu menjaga, menghormati dan memuliakan wanita. moga Allah, lebih 'menghormati' dan 'memuliakan' anda.

:')



______
ps: oh ya, buku tu, sangat best subhanallah. banyak kisah yang belum tau. dan penulis tak menghurai semata-mata, tapi ada langkah untuk kita sama-sama mengaplikasikan.

6 comments:

Alyaa Ali said...

assalamualaikum akak

ohhh...
buku ituuu...
review walau sedikit tetap teruja nak mambacanya.
okay saya dah 2 kali ulang baca separuh daripada bahagian pertama buku 'saksikan bahawa aku seorang muslim' dan alhamdulillah terhadam juga ^^

Umairah. said...

alyaa;
keterujaan sungguh adik akak ini, hingga typo pun tak tersedar.

tapi, "mambacanya" pun, boleh.
ha ha (sila imagine muka tau)

alhamdulillah,
tahniah3 alyaa!

suka. XD

ps: nanti akak bagi pinjam ok. delapan, akak belum start baca. tak sempat lagi. =.='

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum, umy.

Umy
setiap kali katamu bersuara
hati jadi terus bicara
mencari makna pada aksara
walau ada kala panjang renungku mencari makna....

Dan
pandanganmu
sering
tajam
pada subjek
yang nampak kecil
sebenarnya punya citra berganda
kala mata menatapnya.

.cemburu.
pemerhatian yang tajam
dan
aksara menyihir.

ini kelebihan umy.

okey, sebelum saya mengarut lebih panjang, saya tekan titik.

wassalam.

pesana ringkas:
I) dah baca buku i want to be a writer, ummu hani? Pengalaman beliau menulis...
II) beraninya umy balik seorang diri malam-malam. ini saya tidak berani lakukan. :)

:)

Umairah. said...

jamilah;
wa'alaikummussalam wrt.

tapi, umy lebih cemburu dengan semangat jamilah. :)

oh, umy belum baca lagi. bukan sebab berani tu, tapi sebab terpaksa memberanikan diri. he hu. bila terpaksa, semuanya jadi. XD

terima kasih, untuk cadangan buku. insyaAllah, umy akan cuba baca ye nanti.

Alyaa Ali said...

Okay fine. Saya tgh bayangkan.
Akak tggu esok saya dtg ya!

Hukkkk...
InsyaAllah setelah usai semua buku sy pinjam buku2 akak ya ^^

Umairah. said...

alyaa;
tengah tunggu nieh XD