Pages

Friday, July 13, 2012

momen-momen hidup (i).

hanya lelaki menyuguhkan soalan,
tetapi suami menawarkan jawapan

--

kita makin banyak buat silap
bila makin jauh dari Tuhan

--

aku biar mata aku kering, sedang
tanah, basahnya sudah berkali-kali

--

saat kau bercakap dengan fitrah
hilang hanyut marah, padam langsung ego

--

taaruf abad ke-21
sekufu tak sekufu
tengok pada likes

--

rendahkan jiwa, agar semua bisa mengunyah kata -mu

--

mati kita; hidupnya kita
hidup kita; sibuknya kita

--

Tuhan, aku tak mahu menjadi impiannya
aku mahu mewujudkan impiannya

--

entri ini sepertinya, perlu penaakulan berganda;
ditulis pada sela masa berbeza, dari momen berbeza.

5 comments:

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

ameen :)

-hazen said...

taaruf abad ke-21
sekufu tak sekufu
tengok pada likes

terbaik. haha.

perca-perca hidup yang tak dapat disatukan, tetapi penting?

Aisy Aisyah said...

tulis yang ada rasa
yang punya jiwa
tak mesti ramai yang suka
Asal Allah redha,
cukup..cukup sudah:)

uqbah said...

mantap mantap

Umairah. said...

ainum;
ameen untuk ameen ainum :)

hazen;
ahah, "get real" rasanya nasihat paling baik.

aisy aisyah;
terima kasih untuk bait 'hidup',
ya 'eisy-

uqbah;
terima kasih