Pages

Wednesday, July 18, 2012

"engkau terasa makin dekat kepadaku"

bismillah.

--
"buku apa tu?" 

saya tanya anis, satu hari. anis balik dalam keadaan termengah-mengah, sambil di tangan, masih memeluk dua tiga buah buku.

"dari mana ni?"

"librari. akak, buku ni mashaAllah, sangat best. banyak Islamic values."

saya pun belek-belek buku yang dimaksudkan;

anis pun, sibuklah bercerita dari A hingga Z.

--
dan beberapa hari selepas itu, saya belek buku yang sama. dan saya temukan satu baris kata yang terlalu menarik perhatian. mendalam, sampai ke hati. malah, bila sambil dibaca, sambil terimbas tulisan Ustaz Hasrizal yang pernah saya salin dulu.

kata John Hope dalam buku itu, halaman 127;

"good leaders are vulnerable. the bottom line is, you admit your vulnerability - that you're going to make mistakes, and you're going to screw up- and then that opens people up to you. but more important, people will now feel free to express themselves to you and take you to the next level. they will tell you when you are nakedly wrong and you have no clothes on. and you need that, because ultimately, success is not about you in the first place. success is about others, and it's not about the mission and the organization."

dan ini petik kata Ustaz Hasrizal;

"adakalanya elok juga saya sedih, marah atau tersasul dalam komunikasi sama ada di Facebook atau di luar. apabila kita sentiasa gembira macam dunia ini langsung tiada keresahan dan kerungsingan, kita secara subliminal menyuntik beban yang menyakitkan kepada manusia-manusia lain.

terkenang kisah Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam yang enggan bertemu dengan Umar radhiyallahu 'anhu kerana mahu menyendiri. terdengar hati berkata; "oh Rasulullah, terima kerana kerana menjadi manusia. engkau terasa makin dekat kepadaku, kerana engkau tidak menyembunyikan apa yang engkau rasa seperti apa yang aku rasa."
"menjadi hamba Allah yang positif bukan dengan mengharamkan semua reaksi diri yang negatif. sebaliknya menyalurkan perasaan-perasaan manusiawi itu ke jalan yang diredhai Allah."

--
dan dari kedua-dua input ini, saya terfikirkan; bila kita jujur dengan diri sendiri, hakikatnya kita sedang mengajar orang lain juga untuk jujur. walaupun jujur kita itu, adakalanya seperti meremehkan dan memperlekehkan diri sendiri. atau mungkin kata orang, macam buka pekung di dada. persis macam semalam, sewaktu borak-borak dengan alyaa, saya termengadu juga sekejap.

"akak tak taulah sejak kebelakangan ni, akak careless sangatlah. cepat lupa, tak ingat barang, dan lain-lain."

alyaa cakap;

"saya pun kadang macam tu jugak, akak. tapi, mungkin ada sebab lain. pemakanan, mungkin? atau hati, kot?"

lalu dia akhirkan dengan;

"nanti kita makan kismis banyak-banyak."   

ahah, comel. 
XD

--
dan kesannya yang saya belajar; walaupun saya di awalnya bercerita tentang kelemahan diri, tapi pada masa yang sama, hakikatnya saya sedang mengajak dia untuk mengoreksi bersama, dan ternyata dia pun punya masalah yang sama. malah, di lain waktu, kita mungkin akan temukan penyelesaian yang lebih baik? dan, bukankah hubungan akan jadi lebih erat?

cuma yang paling penting, dalam petik kata Ustaz Hasrizal tadi; kita salurkan kesemuanya ke arah yang positif, insyaAllah. oh, betapa aku sedang mujahadah. belajar membuka diri untuk diperbaiki! 

moga awak juga, kawan. be! 
:) 

5 comments:

♥سيتي أينوم بنت أميج الدين said...

is mujahadah-ing too.. :')

anis said...

Oh, sy sangat interested when it comes to leadership :)

Setuju dgn ustaz hasrizal dan akak. beung a leader bukanlah bermaksud tak pernah buat salah atau maksum. tapi sekadar mengejar kesempurnaan sbb kita tahu yang Perfect hanya Dia :)

jujur pun satu hal :) patutlah ada perumpamaan honesty is the best policy sebab kalau kita jujur, selalunya kita akan selamat dalam sebarang perkara. org pun takkan musykil dengan kita :) and saya br hadam maksud "bila kita jujur, kita mengajar org utk turut jujur" lepas baca entri akak ni. jzkk :)

lastly, sy pun perasan banyak status2 di FB skang ni, memaparkan hanya yang positif je. bagus, sangat bagus sbb blh motivated kita. tp kdg2 yg berbaur negatif tu pun perlu, sbb at least kita sedar yg kita ni manusia biasa yg punya 'ujian' sendiri. jzkk akak :)

Umairah. said...

ainum:
:)

anis:
wa iyyaki. :D

tp harus juga memilih, negatif mana yg mahu kita salurkan, supaya tak sampai terhilangkan keizzahan diri. insyaAllah.

syukran, anis-

Alyaa Ali said...

assalamualaikum akak :')

maka daripada itu dapat kita rumuskan betapa pentingnya konsep saling melengkapi.
walau sehebat mana pun kita, pasti akan ada sisi lemah. :(

semoga! :)

cikgipauh said...

................

hurm.