Pages

Wednesday, July 25, 2012

23:33

nasehat ramadhan orang-orang shalih; hlmn. 70


--
bismillah

tadi sempat tengok kuliah ustaz don di tv al-hijrah. kata ustaz, dia nak minta tolong satu benda, dan katanya, "apa kata kita buat sama-sama?" 

dan saya pun tertunggu-tunggu, apa yang dia mahu kata. putus internet? tutup facebook? block twitter? atau apa? 

dan akhirnya, kata dia; cukuplah dalam sebulan ini, kita latih telinga cuma dengar al-quran saja. untuk sebulan ini, tutup dulu, segala lagu semua, baik nasyid sekalipun. kita dengar al-quran banyak-banyak. 

kalau tak mampu, dan kaki tangan terketar-ketar ala-ala parkinson, tak mampu tak dengar lagu dalam sehari, tak mengapalah. cubalah untuk 'puasa'kan telinga di waktu siang dulu, dan malamnya kalau tak tertahan, dengarlah. tapi, lagi baik kalau sebulan ini diri terlatih, subhanallah. 

Allah, aku betul-betul mahu jadi orang yang lebih baik. 

kata ustaz, orang yang akan kembali pada fitrah macam bayi. kalau disuap makan nasi panas pun, tak pandai marah-marah. tak reti tengking atau persalahkan ibu yang menyuap. kata ustaz lagi, bulan Ramadhan, bulan madrasah. cubalah, cubalah, cubalah mujahadah.

hmm.

moga kita antara orang yang disapa Ramadhan. antara orang yang dalam hadis Qudsi, malaikat menyeru; "wahai pemburu kebaikan, ke marilah". dan kita pun berbondong bondong menyambutnya dengan tulus hati, gigih, sabar, tekad, mujahadah, bersungguh-sungguh dengan segala kudrat yang kita punya, dan  langsung merebahkan pengabdian setulusnya!

amin. 
T.T

3 comments:

Ruqaiyah ツ said...

terima kasih untuk entri ni, umy :)

ireminisces said...

MashAllah, come visit me :)

Anonymous said...

ameeeeeen.