Pages

Wednesday, June 13, 2012

indah bulan Juni.

18 tahun lalu

hari ibu ada keselariannya dengan hari guru pada ummi; sebab ummi ibu, dan ummi guru. hari bapa, ada keserasiannya dengan walid;  sebab walid bapa, dan di bulan juni, walid dilahirkan.

kegagalan akak yang paling minimum sebagai seorang anak adalah, hingga ke hari ini; maaf, akak masih gagal iron seluar walid. kata orang, tak sharp garis tengah. kalau iron, berjam-jam lamanya sebab line takmau sama. pendek kata, adik lebih berjaya dalam bab ini. ergh.

tapi ketahuilah, tanpa sharp garis tengah, pada akak walid tetap lelaki, suami, dan bapa yang ohsem, serius.

moga rahmat terus menanungi hidupmu, duhai bapa yang dalam kamus anaknya- tak pernah  terwujud kata 'kurang', kerana kesemuanya yang kau beri telah cukup malah lebih. kalau adapun yang kurang, itu kerana manusia memang tak pernah sempurna. yang ada cuma nyaris sempurna, dan ketahuilah, yang nyaris sempurna itu -lah, walid.

akak percaya, walid telah sedaya upaya berusaha, dan tak putus asa belajar, untuk selalu memberi dan menjadi yang terbaik. alhamdulillah.

akak bangga dengan walid.
selamat hari lahir, walid.

3 comments:

Alyaa Ali said...

Slmt hari lahir pak cik!
Sweet em emm emmm... Ok umur isik sendiri ;)
Smlm bday adik saya! Eh

ukasyah shafei . said...

happy birthday walid ! adik pun bangga dgn walid . walid-juara nomor 1 dunia . kan kan akak ? hehe . ehh , maintain hensem la walid kita . haha .



to my beloved dids :
belajar2 la iron seluar bagi sharp!practice lah selalu-selalu. kesian la kt adik tiap2 kali nk buat line kena mintak tolong.
ekeke!:P

Umairah. said...

alyaa:

besday walid pun sama dengan adik alya. 12 Jun. cuma post nie, akak terlambat sehari. hehe

thanks, alyaaku.
:)

adik:

maintain hensem?
cuba tengok anak dia.
(yg sulung SHJ)

sungguh hensem, malah sangat tampan bukan? ahah.

B-)