Pages

Friday, June 29, 2012

entri sepi, bihun goreng dan sijil nikah?

"sijil ni la yang melayakkan lelaki jadi suami" 

terdengar dialog ini, di TV3 (teledrama naziha, rasanya?) sewaktu tengah menunggu bihun-goreng-telur-dadar-satu-bungkus siap. usai solat isyak, tiba-tiba terasa lapar. lalu, saya sendirian turun ke kafe gara-gara teman bilik (roomates) semua balik rumah masing-masing. dan tiba-tiba dialog ini buat sepi saya hilang seketika, sebab telah berjaya buat saya tergelak, sekejap.

oh, saya harap, saya isteri yang bukan hanya berkelayakan pada sijil.
huhu!

dan bihun goreng pun habis, maka cukuplah saya menulis.
sekian, terima kasih.

imedia; mukhayyam khariji'11

oh! sebenarnya, entri ini tema utamanya bukan tentang cita-cita saya untuk menjadi isteri  yang solehah itu, tapi angan-angan saya untuk menjadi penulis dialog-dalam-drama atau nama pendeknya, -skrip, satu hari nanti. bak kata anis, orang-orang sekarang sudah tidak gemar membaca buku, tapi lebih berminat menonton tivi.

ahah! XD
doakan saya!


_____
"jika ada delapan pertemuan kuliah pranikah, kata beliau, hendaknya enam pertemuan membahas satu hal saja. apa itu? niat, kata beliau. maka niat adalah pijak pertama yang menggores tanya, akankah ada barakah dalam pernikahan kita?"

-saksikan bahwa aku seorang muslim (buku favoritas!), salim a.fillah, hlmn. 217-218
 

9 comments:

Arai Lekir said...

moga jadi realiti

sya-hi-da said...

eh eh.

bendera tu. kenangan!

dan mungkin, kenyataan?

:)

Jamilah Mohd Norddin said...

Amin. amin. amin.

Memang sangat perlukan penulis skrip yang punya fikrah sekarang ini...

Insya Allah, pasti jadi nyata suatu hari nanti.
Tiada yang mustahil.

:D

Umairah. said...

arai lekir:
terima kasih.
mohon doanya.

kak syida:
"impian hari ini adalah kenyataan hari esok"-HAB

moga-moga KITA, bukan umy.
:P

jamilah:
amin, amin, amin untuk jamilah juga. insyaAllah.
:)

Anonymous said...

ameeen ya Allah.

kak umy, kak syida..x sabar tunggu skrip hakak2!

hihi :p

Puteri said...

fasthabbiti ya ukhta umay. sedekahkan sendi2mu utk agama ini ;)

Umairah. said...

huda, mira:

insyaAllah, ameen.
:)

Faaizz d. Zul said...

katalah, kalau tulis satu cerita dgn skrip, mahu di-shortmovie kan?

Umairah. said...

faaizz:
insyaAllah.
:)