Pages

Tuesday, June 19, 2012

Drafts K320i Sony Erricson.

Celik 1;
kadang, tertekan sebab kita sedang terperangkap dalam diri kita sendiri. sesat, tak jumpa jalan. kita teka-teki, kita duga, kita jangka, kita telah, kita tanya, dan kita yang jawab. lebih buruk, kita caci maki, kutuk keji diri sendiri.  
jalanlah, buka mata. sendiri, tak apa. sebab waktu ini, kita tanya, kita jawab, tapi jawapan dari pejalan-pejalan kaki, orang tua, suami orang, isteri orang, budak sekolah, peminta sedekah, konduktor bas, semua-  
dan sedarlah, betapa hidup kita tak sesempit dan sesukar orang lain.  
syukur!

Celik 2;
sukalah pada seseorang yang boleh buat kau suka pada apa yang Allah suka. sukalah pada seseorang yang boleh buat kau benci pada apa yang Allah benci.   
berbaloi untuk suka orang yang jenis ini, sebab kesukaan kita itu akan kekal, tak mati-mati. kalau suka yang kekal, maka tak ada alasan untuk suka seseorang beralasankan  hal-hal keduniaan. 
oh, moga kesukaan tembus, sampai Syurga-

Celik 3;
kadang-kadang tak pasti sama ada aku ini kecut jantung menuntut hak, atau tulus hati menghalalkan hak. walaupun, seringgit? dua ringgit? tiga ringgit?

Celik 4;
sebenarnya, kadang-kadang bila jujur dengan diri sendiri,
kita ajar orang lain untuk tak memendam rasa.

Celik 5;
rupanya nak ke Butterworth dari Kailan, Kepala Batas (stesen bas yang dekat dengan rumah) RM 2.70, Rapid 601, dan oh, hari ini ramai orang pakai coklat! (gara-gara try and error sendiri kali pertama, sebab walid ummi sekolah, tak boleh hantaq pi butterworth)



_____
ini drafts yang terkumpul dalam phone waktu perjalanan Butterworth-Pudu, 140612. ummi tak rasa akak perlu tab atau samsung sebijik? heh

terbanyak pulak updet hari ni, huh =,='

2 comments:

Alyaa Ali said...

'bismillah
kemon komen.'
hik. tdi online guna phone.
ingatkan phone tu yg letak caption begitu. rupanya memang. haha...

akak, saya pun berangan juga nk iPad ke, tab ke, yg mudah dibuat membaca. al-Quran,eBook,catatan.
namun bila difikirkan, sepertinya itu kehendak.
atau boleh jadi keperluan?
heh~

Umairah. said...

alyaa:

kalau berkemampuan, boleh jadi keperluan. tapi, kalau masih ada alternatif lain untuk membaca dll, dan duit masih banyak diperlukan untuk tempat lain, itu kehendak.

:))

beli buku, takpe.
ahah XD