Pages

Friday, June 29, 2012

"akak yang sensitif sangat, kot?"



semalam, bila adik cakap, "akak yang sensitif sangat, kot?", termuhasabah dan terkesan. mungkin juga, dan ada benarnya. mula kembali pada diri, dan makin kenal diri sendiri. bila kita makin kenal, bukankah makin mudah untuk kita ubah atau salurkan sifat-sifat tadi pada jalan yang lebih baik? hmm.

bila fikir-fikir balik, kita akan merasakan sakit, bila kita tak mampu melihat “refleks” atau “bayangan” Allah pada sesuatu makhluk atau ciptaan. pernah hati kita rasa sakit tentang sesuatu? sebagai contoh, berdepan dengan seseorang yang tak dapat terima keberadaan kita? jelingan dia? layanan dia? perkataan dia? perbuatan dia? 

ya, kita sakit. tapi, kalau kita mampu melihat “refleks” atau “bayangan” Allah di sebalik makhluk ini, rasa sakit tersebut akan berkurangan. sebagai contoh, dengan menganggapkan orang-orang yang Allah hadirkan dalam hidup kita, sama ada menyakitkan atau menyenangkan hati, adalah medium untuk kita lebih mengenal diri sendiri. 

Allah mungkin mahu tunjukkan pada kita, -melalui dia- yang kita belum punya sifat sabar secukupnya. sedangkan da’ie itu, harus ada sifat sabar. Rasulullah sendiri menerima layanan yang sangat dahsyat saat keberadaannya di Thaif. bukan dalam kalangan dewasa (yang lebih faham nilaian hati budi dan rasa sakit) sahaja, malah kanak-kanak (yang kita tahu fitrahnya suci dan persih) membencinya. bukan dengan jelingan semata, malah dari sudut sikap dan perbuatan, hinggakan tubuh Baginda luka berdarah kerana dibaling batu. 

atau mungkin, bila Allah hadirkan orang yang ego dan sombong, kita dapat kenal diri sendiri. apakah kita juga punya sifat yang sama, hingga kita tak mahu terlebih dulu, merendahkan hati? atau mungkin bila Allah hadirkan orang yang suka mendesak, kita lebih kenal diri kita bahawa kita masih mudah terpengaruh atau masih kabur dengan keinginan diri sendiri? masih tak mampu berkata ‘ya’ dan tidak berani berkata ‘tidak’ untuk hal-hal yang benar? atau kita yang terlalu sensitif? atau kita cepat menghukum? atau kita terlalu berprasangka? atau kita yang defensif?

moga segala yang datang selepas ini, termampu dulu melihat ‘bayangan’ atau ‘refleks’ Allah berbanding apa dan bagaimana diri diperbuat dan diperlakukan makhluk. rasa sakit tentunya ada, tapi sekurang-kurangnya hati lebih tenang dan lapang. 

sebabnya, bila Allah yang Maha Tahu mentakdirkan sesuatu, pasti ada ceritera indah yang masih jadi rahsia di langit, belum sampai ke pengetahuan kita, hinggalah tiba masanya. cukuplah, kita titipkan dalam doa selalu; “ya Allah, kurniakanlah segala yang aku perlu”.

lagi indah kalau kita memikirkan bahawa, keberadaan orang-orang ini adalah asbab untuk melayakkan kita menghuni syurga Allah. bila memulakan fikiran ('begin with the end in mind') dengan kemahuan kita yang paling tinggi iaitu Syurga Allah, pasti kita akan mampu untuk sentiasa melapangkan hati, insyaAllah!

ah, moga-moga apa yang dikata mampu jadi amal. 
lebih-lebih lagi kepada diri sendiri.

:')
wallahhua'lam.

______
tenkiyu adik! hip hip hooray la tu dah habis exam. -,-'

7 comments:

Amie said...

*sigh* saya pembaca setia blog awak. seriusly :)

nusrah said...

i do love this. jazakillah umy!

Umairah. said...

amie:

terima kasih, saya hargai.
moga ada kebaikannya untuk awak, amin. :)

nusrah:

syukran, tiya.
waiyyaki. :D

nurul said...

:') I love this. Boleh refleks diri...

Umairah. said...

nurul:
alhamdulillah
moga saya, lebih-lebih lagi dapat merefleks diri.

Anonymous said...

teringat post akak sebelum ni tentang kisah tsabit bin qais..

:(

Umairah. said...

huda:
moga Allah jadikan pada kita, akhlak yang baik. ameen.

:)