Pages

Tuesday, June 26, 2012

7 minit lagi sebelum pukul 11 malam, aku selesai tulis entri baru.


SATU;

untuk semester pendek yang entah kali ke berapa ini, cerita pertama aku adalah tentang abang-abang. abang-abang yang kacak bergaya. abang-abang yang hitam manis, seksi, melenggok tepi-tepi tingkap, merabat atas meja, ah segala! gaya apa yang abang-abang ini tidak pernah pertonton? semuanya telah tertayangkan. 

satu malam dari malam-malam yang indah; 

akak: “ummi, bilik baru akak banyak semut!” 
ummi: “nanti ummi bawak *kapoq naa” 

persoalan; berdosakah kalau kita bunuh semut? 

DUA; 

“10 fasal (bab), nak habiskan waktu shortsem? hampa memang cari pasal la” 
-ustaz shamsul, applied linguistic 

TIGA; 

semester ini sangat lengang. 
jalan sunyi, orang tak ramai. 
tapi jualan, masih galak seperti kebiasaan. 

klise awal sem, 
di u-i-a-m. 

(sempat juga shopping; al-quran baru! terima kasih kepada ammar kerana telah 'merembat' al-quran akak. moga lebih bersemangat membacanya dengan adanya al-quran yang lebih cantik, heh)

EMPAT; 

pemandangan bilik baru adalah sebatang pokok yang begitu gah, tingginya. lebat daunnya, merimbun dan meneduhkan! dan, oh, banyak lebah juga! langkah keselamatan yang diambil adalah dengan mengurangkan keluasan bukaan tingkap, tidak seperti sem-sem sebelumnya. kurang nikmat, sebenarnya. tapi, syukur!

LIMA; 

setelah menyenaraikan fe’el dan tabiat buruk, aku tahu penghijrahan perlu pengorbanan yang maha berat. berlawan dengan keinginan, kemahuan, dan segala-galanya. aku cuma mahu sabar untuk tetap, aku cuma mahu lebih kuat tak tergoyah. dan yang paling aku tagih adalah, ‘sebab kukuh’ untuk aku istiqamah meski apapun cabaran yang mengkaburkan seorang aku. 

dan aku tahu, apapun sebab yang ada atas muka bumi ini, tak akan ada yang lain, melainkan Engkaulah sebab tertinggi untuk menetapkan aku, kerana di akhir-akhirnya hidup aku, mati aku, dan tempat kembalinya aku, adalah Engkau, Tuhanku. katanya; mau Syurga, bukankah?

maka tetapkanlah, tetapkanlah aku untuk bermatlamatkan Engkau,
selalu-

Allah, permudahkanlah.
ameen.

_____
*kapoq=kapur

8 comments:

apples and roses said...

minggu depan kita ada kat gombak 4 hari huehuehue boleh carik akak :B

Umairah. said...

apples and roses;

oh ye? ada program ke? datanglah bilik akak nanti. boleh contact akak dulu, sebelum datang :)

by the way, camne akak nak bagi phone num eh?

Alyaa Ali said...

datang jangan tak datang.
kak umairah dah kemas bilik khas buat tetamu-tetamu istimewa! :D

akak, poppytalk tu comel sangat lah!

selamat memulakan semester baru, di tahun baru, dengan azam baru! ^^

Umairah. said...

alyaa

wah, buat bisnes, mau untung nie. sehari rm10, termasuk caj layanan dan perkhidmatan. XD

comel kan? well.

jazakillahhukhayran.
mohon doanya selalu, alyaa!

:)

Alyaa Ali said...

ambil kesempatan ni namanya
saya jenguk akak dari bawah je lah mcm tu. kita buat mesyuarat tingkap. ya? ;)

erk. well tu lain mcm bunyinya.
-.-

waiyyaki
insyaAllah akak!
doa buatmu akan senantiasa diselitkan ke langit tertinggi ^^
ukhwah fillah

:)

Anonymous said...

sem ni agk sunyi..

Allah dtgkn abang2 n kakak2 semut n lebah tok teman akak la.hihi

amcm?

mg tempias zikir2 'mereka' pada Pencipta dpt buat hati kita selalu tenang..

:)

~huda

Umairah. said...

alyaa:

well (lagi sekali)
terima kasih, alyaaku.
:)

huda:

subhanallah, akak suka idea huda tu. indah, bila kita pandang semuanya dengan hikmah dari Allah swt. syukran huda yang manis!

:)

apples and roses said...

wahhh alamak ada caj ni kena fikir 29 kali ni. haha.
emmm twitter, DM :D