Pages

Monday, June 11, 2012

360 darjah.


“Dah lama tak bau asap.” Nadia menjeling. 

“Impresif.” Tambah dia lagi. Gam mod podge dibelek. Bersilih dengan kain organza yang sudah dikoyak separuh. Cat fabrik jenis Permaset bersepah sini sana. Merah hitam, warna kegemaran. Nadia tahu itu. Jat tengah sibuk cop t-shirt baru. Biasanya kalau lelaki tertekan, layan bola. Atau paling kurang, tonton berita, atau main game, atau dengar muzik. Tapi dia duduk di bengkel; mengecat. Nadia pun tahu itu.




“Kenapa? Kau suka, aku merokok?” Jat tekun. Gelung sulaman (embroidery hoop) 12 inci dipegang cermat, sambil menekap huruf-huruf yang telah dilukis ke atas perca organza. Nadia, sekilas pun tak dipandangnya. Gara-gara tersilap langkah, warna akan tercapah pada bahagian yang dia tak mahu. Nadia pun tahu itu. 

Kotak rokok masih ada dalam dashboard kereta. Masih berpuntung-puntung banyaknya. Nadia yakin, Jat masih merokok. Itu telah Nadia. Entah, Nadia keliru. Nadia tak faham. Nadia tak tahu. Dia tak pernah melarang teman lelakinya merokok. Suka hati, asalkan Jat bebas bila bersamanya. Tak rasa dikongkong atau terkongkong. Kalau ada masalah, cakap. Kalau ada yang tak kena, bincang. Cuma itu, prinsip Nadia. 

“Aku cuma pelik. Kau banyak berubah.” Nadia bermain-main anak rambut yang terjuntai melepasi dahi. Kardigannya ditanggalkan, panas. Cuma, akhir-akhir ini dia tak faham teman lelakinya. Dia makin tak kenal dan tak tahu. 

-- 

Dua minggu lalu. 

Jat teguk Revive. Hari-hari biasa, dia dengan Nadia. Jalan-jalan, ambil angin sekitar Taman Tasik Titiwangsa. Pagi-pagi lagi, kalau bukan Nadia yang memandu, dia yang akan bonceng. Hari ini, Nadia sibuk. Entah, tiba-tiba bos Nadia buka kedai sampai hujung minggu. Banyak pelanggan menempah baju pengantin. Klise; cuti sekolah, ramai orang kahwin. 

“Orang lain yang kahwin, dengan awek-awek aku sekali kena kahwin.” Jat merengus, geram. Botol Revive dicampak, tepat mengenai tong sampah hijau di hujung jalan. Elok-elok dia mahu gerak, sepasang matanya terpandang segolongan anak muda. Semacam ada parti yang luar biasa. Ada gitaris, ada buku-buku, ada deklamasi puisi? Ramai orang duduk-duduk sambil membaca di rumput hijau. Kanak-kanak sedang riang-ria menconteng dan mewarna. Jat mendekat, tertarik. Jat baca papan tanda kayu yang dicat kuning terang; “Buku Jalanan”. 

“Abang, sila!” Seorang lelaki bawah 20-an bercermin mata Rayban menegurnya. Jat cuma senyum, segaris. Tersembol dua lubang, membenam kedua belah pipi. Cukup kacak, dengan gaya sederhana; jeans dan t-shirt kosong saja. 

“Dah lama ke buat benda ni?” tanya Jat. Tangan lincah membelek salah satu buku yang berderet tersusun. 

“Tak juga, Bang. Baru dua minggu.” Balasnya hormat, menanggalkan Rayban.

“Untung ke, buat benda-benda macam ni?” soal Jat lagi. Kali ini tangannya menarik “Jalaluddin Rumi; Qasidah Cinta”. Lelaki Rayban tadi tergelak. 

“Buat benda-benda begini, bukan untung yang dikira Bang. Kita nak didik masyarakat. Tak payah susah-susah pergi librari. Nak baca, bersantai-santai pun boleh. Gaya Indie.” Dia sengih lagi. 

“Buat benda kecil, tapi ada berkat, itu yang kita mau!” Terngiang-ngiang dalam kepala. 

"Kesucian Hati:  
Di manapun, jalan untuk mencapai kesucian hati ialah melalui kerendahan hati. Maka dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan; bukankah Aku Tuhanmu?"
- Jalaluddin Rumi 

Itu patah kata yang sempat dia baca dalam buku tadi. Entah, kata-kata itu buat dia terfikir-fikir. Kata-kata lelaki Rayban tadi buat dia termenung-menung. Buat dia melangkau jauh, fikir sampai otak penat. Hidup dia untuk apa? Hidup dia sampai bila? Mati dia untuk apa? 

-- 

Sejak itu, paling kurang dalam sehari dia usaha cukupkan solat yang tak pernah cukup. Dia masih merokok, cuma sembunyi-sembunyi dan sendiri-sendiri. Paling kurang pun, mudarat biar saja terkena diri, jangan menimpa orang lain. Dia cuba cari buku-buku agama, lengkapkan asas yang masih kurang. Paling ringkas pun, dia telaah bab wuduk dan rukun solat. 

Dia cuba mengeja huruf alif, ba, ta, yang dia tak pernah kenal sepanjang 25 tahun hidup. Dari ulasan ceramah-ceramah agama, kata Ustaz; biarlah sikit-sikit, asalkan buat. Dia masih teringat tentang ulasan hadis yang pernah Ustaz ceritakan. 

Tentang pemuda yang sedang bermusafir. Segala kelengkapan, makanan dan minuman diletak di atas unta tunggangannya. Tiba-tiba, untanya hilang, dan dia bagai kehilangan segalanya. Bayangkan, terik panas di padang pasir, tanpa apa-apa. Kepenatannya berfikir, membuatkan dia langsung tertidur. Bila tersedar, untanya berada di sebelah, dan dia tersangat gembira. 

Kata Ustaz, disebabkan terlampau gembira, dia langsung mengatakan, “Oh Allah, engkaulah hambaku. Akulah TuhanMu.” Dan kata Ustaz itu lagi, kalaulah begitu gembiranya seorang hamba, kegembiraan Allah malah lebih tersangat hebatnya dari pemuda tadi, kalau salah seorang hambaNya bertaubat dan kembali padaNya. Mendengarkan ulasan hadis itu, Jat menangis bertalu-talu. 

-- 

Nadia beria-ria datang
bengkel. Dia dapat kerja baru. Kerani di salah sebuah syarikat. Gaji meningkat, berbanding kerja-kerja andaman yang tak seberapa. Dia mahu Jat tahu. Dia mahu Jat gembira.

“Jatt..” Nadia terdiam. Jat tengah sujud. 

“Kau.. kau solat?” Nadia terkelu. Entah, hatinya diserbu rasa haru, sesal, dan malu. Tak seperti selalunya dengan jeans, hari ini dia lihat Jat berkain pelekat. Rambutnya basah. Wajah dia tenang. Dan Jat menggumam bacaan-bacaan solat, yang dia sendiri tak pernah dengar.

Nadia mahu segera pergi, sebelum Jat sedar dia di situ. Nadia merasakan, dia sangat jauh. Mereka berbeza, mereka tak sepadan, mereka bukan lagi serasi. Mungkin inilah, sebabnya Jat makin banyak diam. Makin menjauh. Makin dingin. Mungkin tunggu masa saja, untuk Jat mengatakan semua itu. Untuk dia ditinggalkan sendiri.

Nadia mengundur setapak dua tapak, senyap. Dalam hati-hati, dan tanpa menoleh, kakinya tersadung pada bucu meja. Nadia terjatuh. Jat berpaling. Nadia kaku. Tangisnya lebat. 

“Nadia.. kenapa?” Jat tertanya-tanya. 

“Aku..aku.. kau solat?” Jat angguk, serba salah. Jeda sesaat.

“Inilah sebabnya bila aku ajak ke mana-mana kau tolak? Makin diam? Dan, hubungan kita, makin dingin?” Nadia cuba bertenang. Dilapnya air mata dengan bucu Kardigan labuh yang disarung ke atas tee tanpa lengan. Nadia cuba berdiri. Kakinya pedih.

Jat diam, mengangguk lagi. 

“Kenapa tak beritahu aku? Aku akan faham, kalau kau tolak aku sekalipun.” Nadia pegang bucu meja, cuba berdiri lagi. Hatinya cukup terkilan. 

“Aku..aku belum bersedia. Takut kau tak boleh terima.” 

“Nadia..” Jat cuba menyusun kata, lembut. Mata mereka bertembung. Nadia tunduk.  

“Dulu, kita bersama Jat. Aku senang cara hidup kita. Kita bebas bercakap apa saja. Kita kongsi masalah masing-masing. Hidup kau, hidup aku. Takkan kau dah lupa?” 

“Aku cuma rasa, aku masih tak layak nak bimbing. Aku tak ada apa-apa nak dikongsi. Aku tak kuat untuk jadi penyokong. Masih banyak aku kena belajar.” 

“Bukan itu yang aku nak. Paling kurang, aku cuma nak teman untuk sama-sama belajar. Kalau kau berubah jadi baik, kita sama-sama berubah jadi baik! Sama-sama menyokong. Sama-sama membimbing. Sama-sama menguatkan. Itu saja.” 

“Nadia, aku sayang kau. Cuma, aku sedar, aku banyak buat salah. Kalau sayang, patutnya aku bawa kau kenal Tuhan. Bukan bawa kau ke jalan dosa. Aku, aku, entahlah!” Jat bingung.

“Kau.. nak kita pisah?” Tutur Nadia, jujur dalam sebak.

“Nadia, kita kahwin? Jadi yang halal untuk aku?” Spontan. Nadia ditenung dalam-dalam.

Dalam sedu-sedan yang masih bersisa, Nadia terpandangkan t-shirt putih tergantung di dinding berkayu, berlatarkan tulisan jawi merah putih, “mim-ya-ro-ya-mim-ya”, dan bertanda soal di hujung. Nadia cuba mengeja perlahan-lahan; 



“mim-ya-ro-ya mim-ya?”
“MARRY ME ?” 

"Kreatif!" Tukasnya.

Nadia angguk, setuju. Jat senyum, syukur.
-- 



_____
genre: bacaan umum/0612.1200/penang
inspirasi: buku jalanan dan i-am-lejen

19 comments:

ateyyyy said...

tersenyum sendiri.
bulu roma meremang.

satu ayat mampu mampu membawa perubahan yang sangat besar masya Allah :)

tumpangteduh said...

wah.macam real

nurul.iman said...

nice! (:

Alyaa Ali said...

akaaaakkkk...
nangis sekarang...
eheh

Umairah. said...

ateyy:

fitrah kita sama, mencintai kebaikan. bila datang hidayah, dari asbab kita sendiri yang mula mencari, insyaAllah; Allah akan bantu.

tumpangteduh:
subhanallah, imaginasi awak yang real kot? kekeke.

nuruliman:
alhamdulillah.

alyaa:
eh, kenapa?
lempeng lagi sedap dari akak ke?
heh.

--
jazakumullahhukhayran.
XD
--

Alyaa Ali said...

pagi tdi tak sempat buat lagi dah keluar

syahdu sangat. sobs

QueAe said...

wah sukaaaa <3
biasanya kes macam ni, terus putus. eh eh, alasan nak tuang bersih warna putih dalam hidup, err org lain dibiar terluka.

yg ini ada membetulkan kesilapan, taubat, dan bawa cinta ke jalan taubat (:

Umairah. said...

alyaa:

mg Allah temukan adik akak dengan 'Jat' yang kool, bergaya, dan ohsem di jalan agama.

lalala
:P

queae:
alhamdulillah, maksud saya sampai.

dan untuk kita yang melihat orang sebegini, terdidik untuk tak mudah menghukum orang lain. dan pandang semua orang dengan mata yang 'putih' juga.

terima kasih, awak.
:)

Chiwi said...

mantop! ;D

ainulsalasiah said...

Tak sabar tunggu buku umai..=)

sya-hi-da said...

umy,

bila nak ajar akak tulis macam ni jugak?ehe

umy,

mungkin kita 'semua' berjauhan.tapi kita akan rasa dekat kan kalau kita selalu ber-hubung.ya, tak dapat dinafi rasa dia tak sama dengan kita men-dekat tapi et lis kita cuba kan.

untuk jadi men-dekat.supaya hati-hati kita turut terikat?

insyaAllah,jumpe nanti eh.:)

Faaizz d. Zul said...

subhanallah, fikrahnya.
sempoi!

Umairah. said...

chiwi:
alhamdulillah

ainul:
buku masih sedang mengasuh umy,
menanti umy dewasa utk melahirkan yang baru-

heh

kak syida:
akakku, lain orang lain genre.
dan subhanallah, akak dah ada pun talent tu. selamat menulis!

insyaAllah, syukran
XD

faaizz:
alhamdulillah.
tapi..saleha lagi sempoi.

:)

nusrah said...

umy tahu, tiya dah lama ngidam nak prg 'buku jalanan', tapi takde geng ngan transport. ad lg satu yg style camni, car boot sale. org jual2 buku terpakai kat boot kereta masing2. heaven! penuh dgn buku.

Kita boleh buat camni kan, the islamic way. Islamic style. then, jemput mana2 artis nasyid indie buat persembahan sikit + deklamasi puisi. tak pun, kita ajak mana2 kartunis yg islamic ni buat pertunjukan khas melukis live kat situ.

eh? terpanjang!

ps : love this story line!

Umairah. said...

nusrah:

oh ye? umy pun tak pernah pergi lagi. cuma view page fb, macam best, heh. boleh tarik orang minat membaca.

subhanallah, umy baru tau pasal boot car sale tu. jazakillah tiya, untuk maklumat baru.

sokong idea tu, maybe tiya boleh jadi organizer satu hari nanti? amin!

nak panjang lagi pun boleh.
XD

tengsomac-

Puteri said...

yakinlah pada penamu yang kau coret daripada kaca mata realiti. tarbiyah mengangkat dzatiah jamaiyah, bukan merendahkan dzatiyah fardiah! (faham ke? chat nnt ;))

Umairah. said...

puteri:
rasa terharu baca komen mira yang ini; memahami.

sebab, kadang-kadang aku rasa pilihan aku selalu salah. (ada kaitan dengan quotes tarbiyah yang indah tu. faham ke? :P)

jazakillah, mira.
:)

Jamilah Mohd Norddin said...

Subhanallah.

Benarlah hanya yang 'berisi' boleh memberi pengisian.

teruskan melakar tinta, umairahshafei.

Umairah. said...

jamilah:

terima kasih
doakan umy ye.

:)