Pages

Friday, May 4, 2012

sesi pujuk-memujuk (-diri sendiri).

ya. aku selekeh, kelam kabut, emosional, ego, degil, sensitif, tak stabil, dan lain-lain yang belum diperkenal atau belum ditemukan dia - dia, tentunya

tapi, wahai yang paling dekat dengan aku; yakni diri aku sendiri. dalam selekeh, kelam kabut, emosional, ego, degil, sensitif, tak stabil, dan lain - lain itu tadi, masih terwujud sisi - sisi optimis, menyembunyi

dan optimis itu berkehendak besar untuk kau terus mujahadah menghapus selekeh, kelam kabut, emosional, ego, degil, sensitif, tak stabil, dan lain - lain itu tadi. mungkin yang ternampak, adalah kau redha dengan kekurangan dan keaibanmu. tapi, Dia yang satu lagi, maklum sekali kau sedang membenci keaibanmu, menguras daya, melawan jahat - jahat, dan sedang cuba mengubahnya sedikit, sedikit, sedikit, dan sedikit

oh Tuhan, mungkinkah aku - dia diciptakan Kau berbeza; lebih dan kurang masing-masing, supaya aku - dia tahu; bersatunya aku - dia, tertemulah 'kesempurnaan' yang aku - dia cari-cari tak terjumpa? padahal, sungguh senang formulanya; hargai kelebihan, redha kekurangan. cari jalan, berubahlah seiringan! (mungkin yang susahnya, sebab kita sendiri yang tak mahu seperti itu, dan belum terjumpa sepasang yang seperti itu, atau telah terjumpa tapi tak dihargai, hmm)

optimislah kawan, optimislah!

okay, tamatlah sudah sesi pujuk diri

(saya tulis ini, dua hari lepas. tapi bila baca balik, rasa macam baca "guruh dalam diri", berdentum - dentam, huhu. tapi mana tahu, ada yang lebih berdentum-dentam, dan kita boleh 'raikan' bersama?) 

heaven! (:

9 comments:

..::Srikandi Asytari::.. said...

terkejut caya!
ingat guruh dtg tang mana tadi. eheh

Anonymous said...

umy, where have you been habeebati? :')
semalam jenuh tiya cari2 akaun goodreads umy..

Anonymous said...

saya juga mahu belajar optimis. :)
:)
nak tahu tangkapan umy di sungai PBAKL...

~jamilah

Umairah. said...

ainum:
tahu-tahunya dr akak?
eheh, sorila. :)

tya:
here! tp maaf tya, umy dah tak guna GR skrg. :)


jamilah:
insyaAllah, sama2 belajar.

umy dapat beli satu shj. ramai org sgt, tak tahan. dan umy rasa, PBAKL kali nie, tak berapa best macam dululah. err, ke umy saja yg rasa macam tu?

Anonymous said...

okay, i have to admit. PBAKL kali ni memang tak brapa masyuk berbanding dulu, entahlah. Rasa macam ruang yg ada sangat terhad. Plus, susah amat nak jaga ikhtilat. elak ke kiri ada ajnabi, elak ke kanan nti masuk longgokan buku. -.-'

tiya rasa, tiya lg suka PBAKL 2 tahun lepas. heh

Jamilah dah prg ke? (haha, alang2 tnya kat sini terus. xpe kan jamilah? :D)

p/s : eh, kenapa sudah ditutup akaun goodreads? (soalan bersifat peribadi mungkin. boleh balas di emel umy ;) )

Amie. said...

saya adore writing awak!
:)

Umairah. said...

tiya:
teknikal mmg tak dapat dielakkan, hehe. cumanya, alhamdulillah sbb masih ramai yg mahu beli-belah buku. perkembangan positif, cuma lambakan buku-buku bermutu harus diperhebat. ah, tanggungjawab diri jugak sebenarnya =,='

sebab? sebab hati umy nie rapuh sket, kot. maka, perlu dieksperimen selalu, heh :')

amie:
alhamdulillah, syukran amie. sy appreciate komen m'bina nie. :)

Jamilah Mohd Norddin said...

umy, hari tu memang paling sesak antara hari-hari lain. :)

Insya Allah, macam tak lama lagi umy akan datang dengan bukunya. :) tidak sabarnya.

tiya, berulang kali pergi walaupun tidak membeli buku. pusing-pusing.

~jamilah~

Alyaa Ali said...

setiap sisi manusia punya kelemahan berbeza kan kak
saya juga!
maka Allah jadikan kita untuk melengkapi

semalam cerita pakcik
tentang Umar dan Abu Bakar
dalam pemilihan khalifah setelah wafatnya Rasulullah
betapa Abu Bakar mengharapkan Umar sebagai khalifah seterusnya
tapi Umar dgn tegas menjawab, dia tak akan jadi kuat jika Abu Bakar tidak bersamanya

oh!
itu namanya saling melengkapi ♥
semoga
semoga kita juga sama :)