Pages

Wednesday, May 16, 2012

Rehat.

di hati tempat rehatnya taqwa,
tempat rehatnya iman,
tempat rehatnya solat,
mudahan tempat rehatnya
as-sakinah,
mawaddah,
dan rahmah

terkadang, kita tak perlu
kelantangan debat ikhtilaf mazhab
atau elok, dan berseninya tarannum
selayaknya al-misyari

tak perlu, tapi
cukuplah hari-hari ikhlas
kau membisikkan aku ini
hamba Dia, dan jujur,
rendah hati dan tawadukmu
membicarakan;

"untuk hari-harimu, ayuhlah
kita syukur pada Allah"

untuk tegang jiwa aku,
aku damba 'rehat' yang itu

Allah, kabulkan,
selalu.


amin.

3 comments:

sya-hi-da said...

lupa dah kata-kata dari pak apa tapi masih ingat,

"rehat kita, rehat di syurga!"

^^

Faaein Talip Roy said...

suatu hari nanti..

'rehat' itu pasti akan tiba..

moga rehat itu membahagiakan.. =)

Umairah. said...

kak syida:
seingat umy, itu kata2 imam ahmad bin hanbal. cuma, dari mulut siapa umy tak ingat. hehe. yang pasti, i'Allah dlm daurah.

syukran akak. :)
oh ye, akak sihat?

faaein:
alhamdulillah.

kawan2 yg solehah cukup merehatkan. umy harap anugerah ini, Allah kabulkan selalu, sepanjang hidup!

utk faaein jugak,
amin :)