Pages

Thursday, May 24, 2012

Idola.

bismillah

kala para ibu menjerit dicelorengkan rumah-rumah
aku malah berikan kau warna untuk
dihiaskan dinding-dinding!

andai saatnya kawanmu hairan menanyakan
katakan saja "kata ibu, ini seni" 

--

tambatkan kejap, dalam doamu
pada saat anakmu kelak ditanya
siapa yang menuntun bangganya
tegak-diri dia, yakin-lantang 
dan terus-terang, tanpa bingung
jawabnya;

"yang selalu pertama di hatiku,
ayah dan ibu"

kerana tersedar aku
berapa kerat saja
yang mampu bilang, 
ayah dan ibu;
idola pertama-nya!

sekurang-kurangnya
biarlah kekasih, 
kitalah yang asing,
kitalah yang aneh itu
kalau itulah keanehan
bagi mereka-mereka
--

sumber : kegilaan seorang bapa; klik


nota:

risau baca isu irshad manji, bimbang baca fakta dera isteri, kes bunuh suami, berita buang anak yang berlambak - lambak dalam akhbar saban hari

moga kita lebih terdidik untuk belajar menjadi perempuan dan lelaki yang lebih baik (agama dan akhlaknya), sekaligus pasangan yang soleh dan solehah, ibu dan ayah yang berjiwa murabbi-

belajar, belajar, dan belajar;

Allah, kabulkan!
amin



_____
ps: video lima minit ini sepertinya ada kaitan :)

7 comments:

Alyaa Ali said...

assalamualaikum
akak, nk join kuliyah baitul muslim x? ;)
online hari selase and rabu pkul 9.15 - 10.15 pm
guna paltalk ala-ala ym lah.
best tau! hikhik...
nnti sy ajarkan aeh mcm mne nk join ^^
ni bukan dah gatal ke ape, tpi persediaan :D

Umairah. said...

wa'alaikummussalam wrt

oh, menarik. tq alyaa for sharing. tapi boleh akak tau speaker-nya?
kalau dah start cuti nanti, boleh kot. :))

gatal? kalau itu takrifannya, kira akak dah lama juga ber'penyakit' gatal yg dimaksudkan.

hahah.

no worries alya, kita belajarlah. akak okey je. XD

Alyaa Ali said...

eh baru perasan ;)
lupa nk gtau. speaker perempuan. penceramah bebas. slalu panggil ummi ina je. dia in charge pasal baitul muslim ni. kalau akak nak isi borang pun boleh jugak XD
semua freeeee... ummi tu baik sangat. soft spoken. rasa mcm mak sndri dah. eheh ;)
nnti sy ajarkan aeh!

Umairah. said...

alyaa:
ok, insyaAllah :)
syukran alyaa-

kak banat said...

adiiiiiiiiiiiiikkk!!

rindunya, penulisan kamu makin mantap,
sedang akak punya penulisan semakin berpeleseran T___T

salam sayang!

amirahsaryati said...

Assalamualaikum Umy.. sy silent reader blog awak

kaifa haluki?
sy nak mintak izn, memetik beberapa ayat, perkongsian, kata2 awk di blog.. utk diselitkan dalam novel yg sy sedang buat.. bolehkah? semoga tersebar manfaatnya insyaallah

keep writing

Umairah. said...

kak banat:
syukran akak, menziarah ke sini.
doakan umy istiqamah. :)

lamanya tak btnya khabar dgn akak!
mg sihat & dbwh lindungan Allah selalu, ameen3. :')


amirahsaryati:
w'salam wrt
alhamdulillah

sure!

dialu2kan dgn sng hatinya! XD
t.ksh, insyaAllah ameen.

umy doakan Allah mudahkan p'hasilan novel yg b'manfaat utk semua! dan mira, slh seorang penulisnya, ameen.

kalau dah di pasaran, inform umy tau. hehe. jzkk