Pages

Friday, May 18, 2012

Evaluasi.

waktu mula memeta dan menconteng azam tadi, membanding kejayaan dulu dan sekarang, memuhasabah diri sejenak, yang aku kesalkan bukan pencapaian zero, markah - markah sikit, atau potensi yang terkecundang, atau tata amal tak sempurna, atau jiwa kacau dengan hal - hal mudah, atau jahil diri yang masih bersisa banyak. tidak!

cuma yang aku kesalkan kerana aku tak mewujudkan Kau dalam mimpi - mimpi aku, amal - amal aku, harapan - harapan aku, matlamat - matlamat aku, dan suara - suara kecil aku secara aku benar - benar tahu, sedar dan faham.

sebab bukankah bila Engkau yang terwujud secara tulus dari mula, kesan - kesan ikhlas, ihsan dan itqan itu pasti berbekas, terasa di sini.

hmm.

tapi, sedang benih kurma disuruh tanam, walau hari akhir mampir mendekat,
aku yakin jiwa dan hati bisa merubah kalau diri mahu berubah

tolong aku
aku hanya mahu kembali belajar
mewujudkan Kau dalam setiap harapanku

cukuplah, cukuplah
aku sedar yang
evaluasinya
hanya dari Engkau.

berundur mengenang salah,
ke depan melangkah,
positif, dan belajarlah.

be!

5 comments:

ireminisces said...

Asalamu alaikum warahmatulahi wabarakatuhu

Jamilah Mohd Norddin said...

umairahshafei,

selamat.
untuk semuanya.

Inspector Saahab said...

jazakillah :)
menarik

cik bawang puteh said...

tersentuh.. ;)

Umairah. said...

ireminisces,
jamilah,
inspector saahab,
cik bawang puteh:

terima kasih atas ziarah.
moga bermanfaat, insyaAllah.

jazakumullahhu khayran katheera.

ps: jamilah, insyaAllah. utk jamilah juga, selamat semuanya. amin3

:))