Pages

Tuesday, May 15, 2012

Catatan.

catatan yang emo-tak-emo, disadur rencah emosi pelbagai, digelojakkan rasa hati yang macam-macam, pada satu petang yang terik, sebelum azan asar, di uiam gombak. 

kawan,

siapa pada kau, orang yang matang? kahwin awal? pakaian style? hebat berkata-kata? cakna isu global? beraksi di medan dakwah? atau yang turun dan gerak ke demonstrasi?

entahlah, kawan. tapi aku selalu merasakan orang yang matang, -ialah orang yang tahu kontrol jiwa dia. perasaan dia. hati dia. akal dia. minda dia. tak berlebih-lebih, atau tak terkurang. tawazun; seimbang, dalam neraca Allah. 

dan untuk matang yang aku definisikan ini, aku tak nampak apa-apa, melainkan taqwa seseorang yang akan memandu dan menghala kematangannya. macam saidina umar al-khattab yang memperihalkan taqwa itu seperti hati-hatinya seseorang melalui jalan yang tertabur duri. taqwa itu bila mana dia berjaga-jaga dalam segenap urusan hariannya. bimbang lalai atau leka, atau menyimpang dari ketaatan. dia tahu urus hidupnya; semata-mata untuk Allah. 

matang itu, bila dia ada muraqabatullah; merasakan Allah mengawasinya sepanjang masa. dia ada al-itqan; -bersungguh-sungguh dalam urusan; kerana tahunya dia, urusan hidup di dunia akan dipersoal. maka, dia bersungguh melakukan yang terbaik; kalau belajar, dia belajar sungguh-sungguh. kalau main, dia main sungguh-sungguh. kalau mengaji, dia mengaji sungguh-sungguh. kalau basuh baju, dia sental sungguh-sungguh. dia ada prinsip hidup yang jitu, kuat, dan menyala dalam dirinya, tak tergugah. dia tahu ke mana hala tuju hidupnya, dia tahu dia akan mati, dia tahu dia akan dipersoal, dia tahu dia mahukan Syurga. dia tahu!

ya, manusia memang banyak salah, manusia memang biasa tersilap. cuma kalau terlajak, dia mengundur. kalau terkebelakang, dia kembali ke depan. dia belajar dari sisi-sisi hidup yang banyak. dia belajar dari salah silap. dia belajar dari aib dan lemahnya, tanpa merapuh yang dalam, membusuk atau segera menghilang! hidupnya bukan untuk siapa-siapa, kerana tahap iman dan intelektualiti fikirnya menyuarakan, akhir-akhirnya untuk Allah juga- dia kembali. lalu, untuk apa dia emosional tak kena tempat? untuk apa dia berehat melepas lelah? untuk apa dia menangguh-nangguh? ya, bagi aku dia memang matang.

orang-orang yang dikurnia ar-rusyd (kematangan) adalah orang-orang yang hatinya ada iman. sebab orang yang tidak matang, adalah orang yang hatinya digelojakkan hawa nafsu, diperhambakan syahwat. orang yang mahu santai dan lapang, makan sedap, tilam empuk, rehat dan tidur, kosong fikir dan zikir. tak perlu berpayah, bersusah, berlelah, dan berpenat untuk hijrah dan belajar!

sebagaimana terturutnya kaum luth a.s oleh hawa nafsu mereka. dibuai-buai syahwat pada kaum sejenis, hingga Allah merakamkan jelas pertanyaan rasulNya, luth a.s yang mempersoalkan kepada mereka:

"alaisa minkum rojulur rasyid?"
"tidakkah di antara kalian pun seorang yang matang?" 

hud: 78

hilang ar-rusyd (matang) kerana bibit-bibit nafsu yang merancak dalam tubuh, dalam jiwa, dalam hati, dalam fikir, dalam amal, setiap waktu setiap detik, bahkan mungkin sampai sepanjang hidup.

dan kawanku yang mulia, untuk matang yang telah terdefinisi, aku belum merasakan jiwa aku tumbuh dalam ar-rusyd (kematangan) yang selayaknya. moga Dia terus bimbing hati, cerahkan akal, pimpinkan kaki tangan yang masih manja, lembik, dan keanak-anakan ini. 

dikurniakan-Nya "fikir zikir" dalam setiap tadabbur dan tafakkur, hikmah dan fikrah dalam setiap makrifah serta ilmu, dan dicicipkan halawatul iman dalam setiap tata amal, hingga penat lelah semua hilang, hilang, hilang, dan hilang..

sungguh, aku tak mahu sesal di kemudian hari
sebagaimana sesalnya al-kafirun, dalam pinta dan rayu 
mereka, dijadikan at-thurab (tanah) sahaja! 

"wa yaquulul kaafiru yaa laitani kuntu thuroba!"
"alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah!" 

an-naba: 40

jadikan aku ya Allah, 
antara ar-raasyidah!

4 comments:

ssk said...

"...rabbana aatina min ladunka rahmah wahayyik lana min amrina rasyada"
(18:10)

best n masyuk (^_^)

luv u

Nur Insani said...

Subhanallah,,kak,rasa nak mengalir airmata je baca..xtau knp.tp yang pasti,,FARHANA SUKA BACA ENTRY ni=)

Umairah. said...

ssk:
uhibbuki fillah :)

farhana:
alhamdulillah :)
doakan akak selalu, adikku.

a learner said...

jzkk atas sharing ni, ukht !

terkesan sgt kat hati.
sy pun nak jadi
antara ar-raasyidah!

doakan ! :')