Pages

Monday, May 14, 2012

bila adik berpesan.

akak, 
boleh saja hari-hari kita Allah susahkan. kita lupa kunci bilik. contact roomates tak dapat, terpaksa tunggu lama di luar bilik. ataupun, boleh saja waktu nak print assignment, printer rosak. tempat lain, orang ramai. ataupun, pen drive tertinggal. ataupun terlupa kunci kereta letak di mana, dan banyak benda tak boleh settle.  
hakikatnya, kita banyak bergantung pada banyak benda-benda kecil. kunci, pen drive dan sebagainya. kalau hilang sikit, kita dah gelabah. hari jadi kelam kabut, banyak kerja tertangguh! nampak sangat, manusia ini sangat lemah kan, kak? 
rasa malu kalau kita tak bersyukur dalam sehari, sebab Allah terlalu banyak mempermudahkan urusan kita, dengan mengingatkan kita tentang hal-hal kecil tadi. dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang membantu kita, dan sebagainya! 
hmm, moga kita selalu jadi orang yang bersyukur, akak!
- adik

3 comments:

anis said...

Bila menemui nikmat dalam urusan sehari-hari, kadang-kadang terlupa yang Allah sebenarnya mempermudah jalan tu untuk kita.

Selalu nak cakap,"Leganya dah siap!" atau "Nasib baik dah settle.." etc. Terlupa nak cakap "Alhamdulillah.."
T.T

Peringatan untuk diri sendiri jua.

Amie. said...

:)

Umairah. said...

anis:
subhanallah,
sangat betul, anis. :)

amie:
:))